Wan Saiful sifatkan Rafizi sebagai ‘kebudak-budakan’ dan tidak kompeten

 

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggantikan Rafizi dengan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani, untuk menerajui portfolio menteri ekonomi.

“Johari jauh lebih berwibawa dan tidak kebudak-budakan sehingga nak buat sesiapa ‘terduduk’ semata-mata sebab dendam politik,” katanya.



Rafizi baru-baru ini menyangkal dakwaan bahawa dia bermaksud mencadangkan orang ramai berhenti membeli ayam untuk membantu menghentikan kenaikan harga berkaitan inflasi.

Timbalan presiden PKR itu menjelaskan bahawa dia sebaliknya menggalakkan usaha kolektif oleh orang ramai dan kerajaan untuk memerangi inflasi.

Wan Saiful Wan Jan juga berkata Rafizi sebagai angkuh dan tidak kompeten.

Menurutnya, kerajaan harus menumpukan usaha membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik, dan bukannya bermatlamat untuk membuatkan sesiapa “terduduk”.



“Semasa Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) memegang kuasa, kita prihatin menjaga kebajikan semua rakyat dan kita langsung tak pernah terniat supaya PH ‘terduduk’.

“Tak kira PN atau PH, semua kita bantu. Itulah beza kerajaan PN yang adil dan PH-BN yang angkuh dan tidak kompeten.

“Sifat angkuh PH-BN inilah yang menyebabkan mereka sentiasa salah target (sasaran). Target sebenar sepatutnya menghasilkan idea bantu rakyat. Tapi disebabkan angkuh, target PH-BN masih lagi nak balas dendam jika ada orang kritik mereka,” katanya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengulas ciapan Twitter oleh Rafizi awal minggu ini bahawa pemimpin PN akan “terduduk” selepas dijelaskan mengenai mekanisme kawalan harga.



Hentikan politik balas dendam

Wan Saiful seterusnya membidas kerajaan yang disifatkannya mengamalkan “politik balas dendam” terhadap pengkritik.

“Sepatutnya pada masa ini, lihatlah bagaimana nak mulakan supply-side reform supaya kita ada penyelesaian jangka panjang berkaitan harga barang.

“Dasar berkaitan insentif, percukaian, subsidi, peraturan eksport, semuanya adalah perkara yang boleh kerajaan gunakan untuk bantu rakyat,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker