Isu jual saham Menara KL: Menteri Komunikasi baharu pandang serius, mahu siasatan dilakukan

Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil memandang serius berhubung isu penjualan saham Telekom Malaysia (TM) dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, pendahulu Fahmi, Annuar Musa memberitahu bahawa kementerian tidak terlibat dalam keputusan TM menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur.



Menteri dalam kabinet Ismail Sabri Yaakob itu berkata penjualan itu melibatkan syarikat tersenarai awam, bukan kerajaan.

TM dikatakan menjual 10 juta sahamnya kepada syarikat yang kurang dikenali Hydroshoppe Sdn Bhd, tindakan yang menimbulkan tanda tanya memandangkan MKLSB adalah syarikat yang amat menguntungkan.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Fahmi berkata dia telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember.

Dia juga, katanya, akan menerima taklimat menyeluruh berhubung perkara itu daripada TM pada 3 Januari.



“Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interimketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker