TYT Sabah akan diumumkan oleh Agong hari ini
KOTA KINABALU: Agong dijangka mengumumkan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu hari ini
Bagaimanapun, Jabatan Ketua Menteri Sabah tidak mendedahkan siapa yang bakal memegang jawatan itu.
Antara nama diuar-uarkan termasuk dua bekas ketua menteri, Musa Aman dan Joseph Pairin Kitingan serta bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.
Malah ada juga spekulasi bahawa penyandang jawatan itu, Juhar Mahiruddin kekal memegangnya untuk sepenggal lagi.
Juhar dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Januari 2011, yang sepatutnya berakhir selepas dua penggal (lapan tahun).
Bagaimanapun, beliau dilantik semula ke jawatan itu pada 2018 selepas kerajaan Warisan meminda Perlembagaan Sabah untuk memansuhkan had tempoh dua penggal berkenaan.
Keputusan berkenaan dikecam pembangkang ketika itu, yang mendakwa pelantikan semula Juhar satu ganjaran politik bagi peranan dimainkan dalam membantu Warisan merampas kuasa di Sabah daripada Barisan Nasional selepas pilihan raya negeri 2018.
Juhar turut dipersalahkan kerana membenarkan bekas ketua menteri Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 2020 selepas hilang majoriti kepada pemimpin pembangkang ketika itu, Musa Aman.
Pada September, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mencalonkan presidennya, Joseph Pairin Kitingan sebagai Yang di-Pertua Negeri.
Mengikut Perlembagaan Sabah, tiada keperluan untuk pemegang jawatan itu beragama Islam, walaupun ada menghujahkan ia wajar kerana beliau juga akan menjadi ketua agama Islam di Sabah.
Perlembagaan itu turut menyatakan ketua agama Islam negeri adalah Yang di-Pertuan Agong, bukannya Yang di-Pertua Negeri.
Jawatan Yang di-Pertua Sabah mesti dicalonkan ketua menteri sebelum diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lantikan semula Jazlan pengerusi Felcra ditangguh
- MPN dibatalkan – Anwar
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Exco sahkan MB Terengganu di New Zealand
- ‘Allah ambil semua anak perempuan saya’
- Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Enggan bayar hutang, wanita muat naik status dan gambar jenazahnya di Facebook
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Konspirasi Langkah Sheraton 2?
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.