Agensi kerajaan diarah henti anjur majlis besar yang membazir wang rakyat – PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baru bagi sesuatu majlis untuk mengelak pembaziran perbelanjaan.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata sekiranya amalan itu dapat dihentikan, peruntukan yang digunakan untuk tujuan tersebut dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
“Tiap agensi perlu mengurangkan pembaziran, menghentikan pembaziran. Mengurangkan acara-acara yang meriah dan megah.
“Ada jabatan-jabatan umpamanya, tiap kali majlis atau perayaan, akan ada pakaian baru, batik baru dan beberapa persiapan baru. Saya katakan, kita akan hentikan amalan ini,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2022 (HPPK2022) di Putrajaya hari ini.
Anwar berkata sekiranya perlu untuk membuat pembelian pakaian baru bagi sebarang majlis, ia boleh dikhususkan untuk diedarkan kepada kakitangan gred rendah sahaja.
“Kalau nak bagi, sediakan kepada yang miskin, pekerja gred rendah atau golongan B40. Jangan beri kepada saya, menteri dan ketua setiausaha,” katanya.
Dia berkata langkah itu mungkin disifatkan perkara kecil namun dapat dimanfaatkan sekumpulan besar golongan miskin di negara ini.
“Ada orang kata ini perkara kecil (seperti) saya tolak kereta Mercedes, saya tidak ambil gaji, tetapi semua yang kecil ini jika dihentikan, maka peruntukan dapat dipulangkan kepada rakyat miskin,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lantikan semula Jazlan pengerusi Felcra ditangguh
- MPN dibatalkan – Anwar
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Exco sahkan MB Terengganu di New Zealand
- ‘Allah ambil semua anak perempuan saya’
- Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Enggan bayar hutang, wanita muat naik status dan gambar jenazahnya di Facebook
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Konspirasi Langkah Sheraton 2?
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.