Tanah runtuh: Mayat lelaki berpelukan seekor anjing dijumpai di Sektor B
HULU SELANGOR – Mayat lelaki dewasa yang juga mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, ditemui berpelukan dengan seekor anjing, pagi tadi.
Difahamkan, dua daripada tiga ekor anjing milik mangsa itu turut dijumpai berdekatan dengan mangsa yang ditimbus tanah.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa ditemui bersama dua ekor anjing miliknya sekitar pukul 11.19 pagi tadi, di Sektor B ( Farmview).
Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjing manakala seekor lagi dijumpai berhampiran dengan mangsa.
“Petunjuk semakin lama semakin baik, kali ini kami menjumpai mangsa di sektor B di mana kita hanya letakkan satu sahaja jengkaut di lokasi tersebut.
“Hasil daripada itu, kita kesan seorang mangsa lelaki berpelukan dengan seekor anjing, yang berkemungkinan mangsa berkhemah di Sektor A (Hillview) sebelum menggelongsor ke Sektor B akibat tanah runtuh,” katanya kepada pemberita.
Menurut Hafisham, setelah kerja-kerja penyelamatan dibuat, pihaknya yakin sudah tiada mangsa sektor B.
“Mengikut maklumat yang diperoleh, masih ada seorang mangsa di Sektor A belum dijumpai, manakala selebihnya di Sektor C (Riverview).
“Kedalam tanah ketika menemui mangsa sekitar 4.5 meter sahaja kerana impak runtuhan tanah di Sektor B tidak sedalam Sektor C,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, hanya jantina mangsa sahaja berjaya dikenal pasti selebihnya perlu menunggu laporan forensik.
Katanya, mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat dan pengecaman mangsa.
“Mangsa hanya dapat dikenal pasti jantinanya manakala maklumat lanjut akan diberikan kemudian setelah selesai laporan forensik.
“Dua ekor anjing yang ditemui juga turut dikeluarkan dan dihantar ke jabatan veterinar untuk tindakan selanjutnya,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lantikan semula Jazlan pengerusi Felcra ditangguh
- MPN dibatalkan – Anwar
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Exco sahkan MB Terengganu di New Zealand
- ‘Allah ambil semua anak perempuan saya’
- Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Enggan bayar hutang, wanita muat naik status dan gambar jenazahnya di Facebook
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Konspirasi Langkah Sheraton 2?
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.