Perkahwinan Puteri Sarah dapat restu penuh kami – Ibu Syamsul Yusof
Tidak berdiam diri menyaksikan kemelut berpanjangan rumah tangga anak menantunya, ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail menekankan bahawa perkahwinan anak dengan menantu kesayangan, Puteri Sarah Liyana itu mendapat restu keluarga sepenuhnya selama ini.
Fatimah terpanggil menzahirkan perkara tersebut menerusi satu muat naik status beserta foto perkahwinan Syamsul dan Sarah.
“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya.
“Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereke dikurniakan sepasang cahaya mata,” coret Fatimah.
Sementara itu, menerusi satu entri dalam Instastory, Fatimah menegaskan bahawa restu ibu bapa penting dalam sesebuah perkahwinan.
“Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan,” tulisnya seraya berkongsi foto lama pernikahan anaknya dalam platform media sosial terbabit.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kemelut rumah tangga Syamsul, 38, dan Sarah, 37, memasuki episod baharu apabila ada peminat yang terang-terangan menyatakan sutradara tersohor itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar.
Ira dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah sekian lama tidak tinggal sebumbung.
Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu.
Berdasarkan kenyataan Sarah, Ira bakal diheret ke muka pengadilan Sarah menjelang Ogos tahun depan.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lantikan semula Jazlan pengerusi Felcra ditangguh
- MPN dibatalkan – Anwar
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Exco sahkan MB Terengganu di New Zealand
- ‘Allah ambil semua anak perempuan saya’
- Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Enggan bayar hutang, wanita muat naik status dan gambar jenazahnya di Facebook
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Konspirasi Langkah Sheraton 2?
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?
Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.