Bantuan RM100 juta buat negeri PAS tanda Kerajaan Perpaduan kerajaan prihatin

Kerajaan Perpaduan meluluskan peruntukan segera bantuan banjir berjumlah RM100 juta kepada negeri Kelantan dan Terengganu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata negeri berkenaan masing-masing memperoleh RM50 juta susulan keadaan banjir yang serius untuk kebajikan rakyat.

“Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut.



“Jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, di Pasir Mas, Kelantan hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Terdahulu, Anwar sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni mangsa banjir di PPS berkenaan dan mendengar taklimat berkaitan situasi banjir di Kelantan yang dihadiri oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mengulas lanjut, Anwar berkata bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir turut diberikan berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke PPS dan RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir yang mana bayaran diberikan kepada KIR.



-Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker