Ambulans terbalik, 4 cedera di George Town
GEORGE TOWN: Empat individu termasuk pesakit yang dibawa dalam ambulans St John cedera selepas kenderaan itu terbalik selepas merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, semalam.
Timbalan Ketua Polis Timur Laut, V Saravanan, berkata kemalangan berlaku pada 4.40 petang itu semasa pemandu ambulans dan seorang pembantu pegawai perubatan, masing-masing berumur 22 dan 28 tahun, dalam perjalanan dari Sungai Ara, selepas mengambil seorang pesakit wanita dan anak perempuannya untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Sebaik sampai di Jalan Masjid Negeri, menghala ke Jalan Scotland, pemandu ambulans dipercayai hilang kawalan, menyebabkan ambulans terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta sebatang pokok di sebelah kanan jalan, lalu terbalik.
“Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans, pesakit yang berusia 54 tahun dan anak perempuannya berumur 24 tahun tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya ketika dihubungi
Katanya, pemandu ambulans itu mengalami kecederaan di tangan dan kepala manakala pembantu perubatan cedera ringan di muka dan tangan.
“Pesakit pula mengalami kecederaan di kepala manakala anak perempuannya pula cedera di kepala dan muka. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lantikan semula Jazlan pengerusi Felcra ditangguh
- MPN dibatalkan – Anwar
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Exco sahkan MB Terengganu di New Zealand
- ‘Allah ambil semua anak perempuan saya’
- Rakyat tarik nafas lega, tiada lagi politik nombor – Razlan
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Enggan bayar hutang, wanita muat naik status dan gambar jenazahnya di Facebook
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Konspirasi Langkah Sheraton 2?
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]