Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab
Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab
Keganasan, dominasi dan imperialisme memang terdapat di dalam kitab orang Islam! Itu antara dakwaan golongan yang cuba menanam kebencian dan rasa takut terhadap Islam dan Muslim.
Dalam usaha itu juga, mereka menggunakan beberapa ayat al-Quran di luar konteks untuk lebih meyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Islam merupakan satu ‘ideologi’ yang bahaya dan boleh mengancam keselamatan mereka.
Berhadapan perkara ini, kita perlu bersikap objektif dan jujur. Ini bermakna kita perlu mengawal emosi, kerana emosi boleh membuat seseorang buta untuk melihat kebenaran.
Sedangkan, al-Quran mengajar kita bersikap adil, walaupun dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan kepentingan diri dan ahli keluarga. Pada waktu sama, al-Quran juga menyuruh kita menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun membabitkan musuh.
Selain itu, kita juga perlu melihat legasi sejarah kerana di sana wujud interaksi antara Muslim dan bukan Muslim yang panjang, lebih 1400 tahun. Dalam membina persefahaman yang lebih baik, amat penting sekali kita membezakan antara Islam yang tulen, normatif dan interpretasi yang dibuat oleh pelbagai pihak.
Hanya ada dua sumber primer agama Islam, al-Quran dan sunah. Selain daripada itu, termasuk fatwa, tidak terlepas daripada kesilapan. Dalam Islam juga, tidak wujud institusi khusus yang boleh memberi kata putus dalam hal-hal agama, tidak sepertimana kuasa Paus bagi agama Kristian Katholik.
Ini bermakna, pandangan atau interpretasi ulama, walau sehebat mana sekalipun dia, mesti selari dengan dua sumber utama Islam. Perkara ini sangat perlu ditekankan kerana amat mudah mengkritik apa jua agama dengan mengambil pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh bijak pandai agama itu.
Golongan ulama tidak sempurna. Mereka mungkin hidup pada abad ke-18, dan memberi pandangan berdasarkan persekitaran zaman itu. Maka mengambil pandangan mereka secara mutlak ialah satu kesilapan, melainkan pandangan tersebut telah diuji dengan al-Quran dan sunah.
Kesilapan terjemahan
Apabila memetik ayat-ayat al-Quran, ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan. Antaranya ialah kesilapan terjemahan. Ramai orang mengambil terjemahan maksud al-Quran sebagai firman sebenar.
Ini suatu kesilapan kerana al-Quran tidak diturunkan dalam Bahasa Inggeris (atau lain-lain bahasa), sebaliknya dalam Bahasa Arab, dan kita tahu memang wujud pelbagai masalah dalam proses terjemahan.
Malah sesetengah ulama berselisih pandangan mengenai adanya terjemahan al-Quran. Ada yang lebih gemar menggunakan ‘interpretasi terjemahan maksud al-Quran’ (interpretive translation of the meaning of the Quran) bagi merujuk al-Quran terjemahan.
Mesti ada sebabnya mengapa Allah S.W.T. memilih bahasa Arab. Bahasa itu sangat kaya dan satu perkataan mempunyai makna yang pelbagai, bergantung kepada konteks. Jadi, adakalanya seseorang boleh menterjemah dengan tepat daripada segi leksikal, tetapi salah daripada segi konteks dan intipatinya. Kerap kali juga ia menggambarkan kefahaman penterjemah itu sendiri.
Kesilapan seterusnya ialah pendekatan cut and paste. Jika pendekatan ini digunakan, sesiapa sahaja boleh membuktikan apa sahaja daripada apa jua kitab. Jelas sekali ini ialah interpretasi ayat al-Quran di luar konteksnya, yang boleh dibahagi kepada empat kategori:
Pertama: Di luar konteks ayat.
Sesetengah pihak tidak mengambil keseluruhan ayat, sebaliknya memotong sebahagian daripadanya sehingga memberi maksud yang berbeza sama sekali. Terdapat ayat di dalam al-Quran (an-Nisaa’: 43)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya)….”
Jika diambil bahagian ini sahaja, ramai yang akan keliru kerana umat Islam diwajibkan solat lima waktu sehari. Tetapi ayat tersebut mempunyai sambungan “…sedang kamu dalam keadaan mabuk.”
Kedua: Mengambil satu ayat sahaja.
Jika mengambil satu ayat tetapi tidak melihat ayat sebelum atau selepasnya yang membicarakan topik yang sama, kita tidak dapat memahami konteks ayat tersebut diturunkan.
Ketiga: Al-Quran sendiri menyempurna dan menjelaskan.
Seseorang mungkin mengambil suatu bahagian al-Quran secara keseluruhan, tetapi silap memahaminya kerana dia tidak melihat konteks keseluruhan al-Quran. Metodologi yang betul dalam memahami kitab ini ialah dengan mengambil bukan sahaja satu atau sebahagian teks, tetapi semua ayat-ayat al-Quran dan hadis sahih. Dengan cara itu kita dapat memahaminya dalam konteks sebenar.
Keempat: Di luar konteks sejarah.
Ini kesilapan yang sering dilakukan ramai penulis untuk mengatakan keganasan berpunca daripada Islam. Semaklah jumlah surah dan ayat yang digunakan oleh penulis-penulis ini, dan anda akan temui bahawa kebanyakannya diambil daripada surah lapan dan sembilan. Mereka yang tidak menyelidik konteks sejarah surah atau ayat-ayat ini diturunkan, akan memberi pandangan bersifat umum yang salah mengenai ajaran Islam.
Ayat-ayat tersebut diturunkan dalam konteks konflik dan peperangan antara komuniti Muslim awal dan orang Arab berfahaman pagan (musyrik) yang bersikap kejam, termasuk membunuh. Dalam konteks begini, orang lupa bagaimana seseorang harus bertindak, dan secara mudah pula merumuskan, begitulah hubungan antara Muslim dengan bukan Muslim.
Justeru itu, dalam memetik ayat al-Quran terhadap sesuatu isu, ia mestilah mengambil kira kepada keseluruhan kategori yang dinyatakan di atas supaya isu yang dikaitkan dengan al-Quran menepati dengan maksud sebenar. Jika tidak ia akan mengelirukan masyarakat dan seterusnya mendatangkan fitnah yang besar kepada Baginda s.a.w. agama dan umat Islam sendiri. Malah lebih dasyat lagi menimbulkan perseteruan antara umat Islam dengan belum Islam. Wallahu a’lam Utv
Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.