Pengasuh taska tekup plastik di kepala bayi dipenjara

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh taska dihukum penjara seminggu dan didenda RM32,000 oleh dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak bulan lepas.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM20,000 terhadap Siti Rosliza Mukhtar, 47, kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun dua bulan dengan menekup kepalanya dengan plastik.

Wanita itu turut dipenjara sehari dan didenda RM12,000 oleh Hakim Nu’aman Mahmud Zuhudi kerana menganiaya seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia setahun dua bulan dengan mengheret tangannya secara kasar serta menarik rambut untuk mendudukkannya.

Kedua-dua perbuatan itu mungkin menyebabkan dua kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan fizikal atau emosi, yang mana kesalahan tersebut dilakukan di sebuah taska di Brickfields pada 3.19 petang dan 5.36 petang 16 Nov lepas

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini dan tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 18 bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, kanak-kanak perempuan itu terkencing dan terkena kain tertuduh semasa tertuduh ingin menukar lampin mangsa menyebabkan wanita berkenaan bertindak memukul belakang mangsa dua kali serta menekup kepalanya dengan beg plastik lima hingga enam saat dan memegang kepala mangsa dengan kedua-dua tangannya.

Selain itu, ibu kanak-kanak lelaki terbabit mendapati ada kesan luka dan lebam di telinga anaknya dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati tertuduh menolak dan mengheret mangsa sehingga jatuh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh kerana jelas berlaku penganiayaan terhadap kanak-kanak itu dan sebagai orang dewasa, tertuduh boleh lihat kesan dan akibat tindakannya.

TPR Noorhani Muhmmed Ayub berkata, pengasuh sepatutnya menjaga kanak-kanak dengan baik, seperti yang diamanahkan ibu bapa mereka.

“Tindakan tertuduh menekup kepala mangsa dengan plastik membahayakan serta mengakibatkan kecederaan serius kepada kanak-kanak itu. Saya mohon hukuman setimpal ke atas tertuduh,” kata Noorhani.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu dan adiknya, selain perlu melunaskan bayaran pinjaman di syarikat lama dia bekerja.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker