Nik Abduh dedah apa sebab datang bertemu Anwar
Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan yang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap pendirian politiknya.
Ujar beliau, perjumpaan itu sebaliknya hanya sekadar menyambung persahabatan antara arwah bapanya dengan Anwar yang telah terjalin sejak sekian lama.
“Menyambung persahabatan dengan kawan-kawan ayah kita adalah sunnah Rasulullah SAW termasuklah dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
“Kemudian, kebaikan hendaklah dihargai, kemudian biarkannya bersambungan. Tidak putus-putus. Itu pun sunnah baginda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Nik Mohamad Abduh mengulas, meskipun terdapat perbezaan besar dari segi fahaman politik antara dua figura berkenaan, namun persamaan yang dimiliki itu tidak memanjangkan perselisihan berkenaan.
“Begitulah saya. Perbezaan kekal. Persamaan mendekatkan. Jalan saya adalah jalan ayahanda saya. Islam adalah penyelesaian. Itulah universiti politik Kelantan.
“Ada pun desas desus itu dan ini, itu debu. Jaga mata anda. Tak sakit pun, kabur jadinya,” jelas beliau.
Sebelum ini, pertemuan antara Nik Mohamad Abduh dengan Anwar menimbulkan tanda tanya daripada pelbagai pihak.
Pertemuan itu yang dikatakan diadakan di Hotel Perdana turut dihadiri abangnya iaitu Nik Omar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
You must be logged in to post a comment.