Aizat lepas kahwin terus berisi (Video)

Aizat lepas kahwin terus berisi (Video)

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, penampilan terbaru penyanyi terkenal Aizat Amdan di Konsert Rock’N Riuh di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort yang berlangsung baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Perubahan bentuk badan Aizat jadi tumpuan



Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan penyanyi berusia 33 tahun ini yang memakai jaket berwarna merah dan berseluar jeans dilihat berada di bawah pentas sambil menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu bersama para penonton.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah perubahan bentuk badan pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu yang agak berbeza daripada sebelum ini. Tak dinafikan, perubahan tersebut mengejutkan netizen dan mereka mendakwa bentuk badan Aizat sudah kembali kepada asal iaitu seperti mula-mula dia memasuki rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima.

Namun ada dalam kalangan mereka berpendapat perubahan fizial Aizat disebabkan dia sedang bahagia melayari alam perkahwinan bersama isteri tercinta. Tidak kurang juga ada segelintir netizen meluahkan rasa kecewa dengan perubahan tersebut dan berharap agar Aizat kembali menjaga pemakanannya supaya dapat memiliki bentuk tubuh yang ideal. OB

[videopress xkvPuZTy]

Aizat lepas kahwin terus berisi (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker