‘Malaysia’ masuk pertandingan ‘drag queen’ popular dunia

‘Malaysia’ masuk pertandingan ‘drag queen’ popular dunia

SEORANG lelaki berpenampilan wanita (drag queen) atau ratu drag mencuri tumpuan ramai menggunakan nama Malaysia menyertai program hiburan popular dunia, RuPaul’s Drag Race musim ke-15.

Lelaki bernama pentas Malaysia Babydoll Foxx bersaiz gempal dan merupakan orang kulit hitam berasal dari Miami, Florida, Amerika Syarikat itu berkata, Malaysia merupakan satu nama yang indah.



Disebabkan itu, dia memilih nama tersebut sebagai nama pentas atau drag queen bertanding dalam program hiburan terbabit.

“Saya dapat nama Malaysia Babydoll Foxx daripada ibu saya yang memiliki sebuah pusat asuhan harian kanak-kanak.

“Ada seorang kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan tersebut dan namanya ialah Malaysia.

“Saya fikir itu adalah nama yang paling indah. Tengok saya, saya indah (cantik). Saya layak menggunakan nama itu, bukan?,” kata lelaki tersebut dalam sebuah muat naik video dalam YouTube.



RuPaul’s Drag Race merupakan sebuah program hiburan popular Amerika Syarikat yang menghimpunkan ratu drag terbaik di negara Uncle Sam tersebut bertanding bagi merebut hadiah lumayan berjumlah AS$ 100,000 (RM 442,000).

Sekadar maklumat, drag queen adalah suatu istilah yang merujuk kepada segolongan orang kebiasaannya lelaki yang berpakaian dan bersolekan menampakkan ciri keperempuanan (drag) serta berperwatakan seperti kaum tersebut secara berlebihan untuk tujuan hiburan. K Online

‘Malaysia’ masuk pertandingan ‘drag queen’ popular dunia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker