Hentikan kemelut politik negara, tumpu perkembangan ekonomi – Johari

Hentikan kemelut politik negara, tumpu perkembangan ekonomi – Johari

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata, kemelut politik negara tidak sewajarnya dibiar berterusan untuk penggal ini, memandangkan kesan langsungnya adalah kepada pertumbuhan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.

“Jika undi percaya ini dapat sokongan, peristiwa menukar Perdana Menteri tiga, empat kali sepenggal tidak akan berlaku lagi.

“Kalau kita berterusan bergaduh soal Perdana Menteri dan bergaduh soal isu yang tidak melihat isu rakyat, maka akhirnya empat setengah tahun sebelum ini (akan berulang dengan) kita membazir masa melihat negara jiran membangun dengan begitu pesat, tapi Malaysia tinggal kebelakang dan terus kebelakang,” katanya ketika membahaskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, sejak 2018 hingga 2021, Malaysia mempunyai keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita yang tidak berkembang dalam tempoh empat tahun.

“Pertumbuhan kita -0.1 peratus jika dibandingkan Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina. Saya ambil contoh Indonesia, pada 2018 hingga 2021, KDNK perkapita mereka berkembang 11.8 peratus, Vietnam berkembang 24.2 peratus, Thailand, 9.7 peratus dan Filipina, 19.3 peratus, semua positif tapi Malaysia 0.1 peratus,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, jumlah sokongan Ahli Parlimen kepada Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melebihi 112 kerusi, malah jumlahnya kini mencapai 148 kerusi, iaitu merujuk angka sokongan majoriti dua pertiga.

“Disini, kita lihat bukan dari segi bilangan Ahli Parlimen yang sokong Kerajaan Perpaduan tapi bilangan undi popular yang Pakatan Harapan (PH) dapat adalah 37.5 peratus dari undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Barisan Nasional (BN) saja dapat 23.5 peratus. Jadi, PH dan (campur) BN sudah dapat 60 peratus. Ini adalah majoriti yang ketara sekali,” katanya.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi DAP mahu Perikatan Nasional (PN) berhenti mendakwa mereka memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Ini (jumlah gabungan parti yang menyertai kerajaan) adalah majoriti yang ketara. Saya harap perkara ini diterima oleh seorang pemimpin PN iaitu Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yasin) yang menyatakan beliau ada majoriti tapi tak berani membuktikan keabsahan kerajaan dalam dewan ini,” katanya.

Terdahulu, perbahasan Guan Eng dipertikai beberapa Ahli Parlimen pembangkang, yang mempersoalkan penggunaan perkataan Kerajaan Perpaduan bagi merujuk kerajaan yang dibentuk ketika ini.

“Tengok (kerajaan di) Israel, tengok Zimbabwe. Kerajaan perpaduan tanpa pembangkang. Kita tak mahu guna Kerajaan Perpaduan. Ini kerajaan gabungan.. kerajaan campuran. Kerajaan Perpaduan tiada pembangkang,” celah Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata, pembangkang seharusnya mempersoalkan tindakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu menyertai Kerajaan Perpaduan sebelum mempertikai penggunaan istilah berkenaan.

“Soal istilah (Kerajaan Perpaduan) ini sepatutnya dirujuk kepada Pagoh (Muhyiddin) dan Marang (Abdul Hadi). Kerana Pagoh dan Marang yang dipanggil pertama kali (oleh Yang Dipertuan Agong) dan ditawarkan untuk membentuk kerajaan Perpaduan.

“Tetapi lain kali, tindakan yang dibuat sebelah sana (pembangkang), yang melantik Larut (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) sebagai ketua pembangkang, Insya-Allah selepas ini jadi perunding yang lebih baik kalau kena cara boleh duduk di sini (jadi kerajaan),” katanya.

Sementara itu, Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman) pula berkata, kerajaan yang terbentuk kini adalah kehendak ramai pihak yang mahukan negara diterajui sebuah kerajaan stabil, tanpa sebarang gangu gugat politik yang berterusan.

“Keutamaan GPS, politik negara akan kembali stabil supaya kerajaan dibentuk dapat fokus dengan usaha mensejahterakan rakyat.

“Kerajaan yang stabil perlu untuk kita dapat beri tumpuan pemulihan ekonomi, memulihkan keyakinan pelabur, membentuk kesaksamaan antara wilayah serta mensejahtera dan memelihara kebajikan rakyat.

“Andai kita terus bertelagah, kita bimbang negara merundum dan yang menjadi mangsa adalah rakyat terutama apabila dijangka kita akan berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu tahun depan,” katanya. BH

Hentikan kemelut politik negara, tumpu perkembangan ekonomi – Johari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker