Banjir kian buruk, lebih 44,000 mangsa terlibat sehingga kini
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan malam ini berbanding petang tadi, manakala di Johor menunjukkan sedikit penurunan dan tiada perubahan jumlah mangsa di Perak.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,717 orang daripada 8,214 keluarga berbanding 19,601 orang daripada 5,699 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kini terdapat 293 pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang beroperasi di kesemua lapan daerah.
Setakat malam ini Kemaman menjadi daerah yang paling teruk terjejas membabitkan 9,717 mangsa (2,497 keluarga); Hulu Terengganu seramai 6,401 mangsa (1,978 keluarga); Besut 5,492 mangsa (1,506 keluarga); dan Setiu 3,988 mangsa (1,196 keluarga).
Selain itu Dungun merekodkan 1,963 mangsa (527 keluarga); Kuala Terengganu 987 mangsa (241 keluarga); Kuala Nerus 689 mangsa (160 keluarga); manakala Marang 480 mangsa (109 keluarga).
Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Ahmad Izram Osman berkata pasukannya melakukan pemantauan udara bagi mendapat gambaran sebenar situasi dan tahap banjir di Terengganu, dan dijadual melakukan pemantauan serupa di Kelantan, esok.
Di KELANTAN, Portal Rasmi eBanjir negeri https://ebanjir.kelantan.gov.my/ memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 14,359 orang daripada 3,942 keluarga malam ini, berbanding 12,104 orang daripada 3,295 keluarga petang tadi.
Menurut portal itu, sebanyak 104 PPS dibuka membabitkan sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.
Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sembilan sungai utama telah melepasi paras bahaya termasuk Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 40.71 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.84m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.78m).
Di PAHANG, bilangan mangsa banjir terus meningkat selepas 865 mangsa daripada 218 keluarga telah dipindahkan setakat 8 malam ini, berbanding 647 mangsa daripada 159 keluarga pada 4 petang tadi.
Seketeriat JPBN memaklumkan lapan PPS dibuka di Kuantan bagi menempatkan 803 individu daripada 198 keluarga, manakala 62 lagi mangsa banjir daripada 20 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Raub.
Paras air Sungai Keratong di Rompin malam ini masih melepasi tahap bahaya, namun menunjukkan trend menurun.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat menurun kepada 53 orang setakat 8 malam ini berbanding 75 orang yang direkodkan petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu melibatkan Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya.
Menurut kenyataan itu kesemua mangsa terdiri daripada 17 keluarga, ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 54 orang dari 17 keluarga dengan kesemuanya ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat.
– Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Messi ketuai ‘kuda tua’ tinggalkan Piala Dunia
- Tiada keperluan usul undi percaya terhadap PM – Asyraf
- Johari Abdul dipilih jadi speaker baharu
- Musang king RM17 sekilogram
- Sherry Alhadad mohon maaf, video tuju diri sendiri
- UMNO ditalkinkan awal jika bersama PN
- Pegawai bomba hiba keluarkan mayat dua beranak berpelukan
- Laluan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu ditutup kepada lalu lintas
- Lelaki maut pecah masuk rumah sendiri
- Blogger makanan maut ditikam rakan pesohor
- Dividen ASB 2022 rendah?
- MoU dengan Ismail pun mesti sokong belanjawan, kenapa tak pertikai – Fahmi
- PN tidak puas hati, kini buat laporan polis terhadap MoU Kerajaan Perpaduan
- Akuarium gergasi meletup, cetus ‘tsunami’ di dalam hotel [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN
Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.