MCA ikrar perangi rasuah, salah guna kuasa dalam BN

MCA akan menumpukan perhatian kepada usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam parti dan BN.

Ini salah satu daripada 18 resolusi yang diluluskan perhimpunan agung tahunan (AGM) parti itu, yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur hari ini.

Butiran terperinci di sebalik ikrar antirasuah ini masih tidak jelas.



Bagaimanapun, MCA telah berselisih dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi – yang sedang dibicarakan atas dua kes rasuah – bulan lepas ketika pembentukan kerajaan.

Zahid telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Sistem Visa Asing (VLN) – tetapi pihak pendakwaan merayu pembebasan itu.

Dia juga dibicarakan atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM31 juta dana daripada Yayasan Akalbudi.

Selepas hari pengundian PRU15, MCA pada mulanya membantah surat Zahid yang dilaporkan dihantar ke istana bagi memaklumkan sokongan BN kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.



Ini kerana surat berkenaan bertentangan dengan pendirian majlis tertinggi BN ketika itu untuk kekal berkecuali sebagai blok pembangkang.

MCA juga menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN berhubung perkara itu.

BN akhirnya menyokong Anwar, dengan Zahid kini salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri dalam kerajaan.

MCA dan satu lagi komponen gabungan itu, MIC bagaimanapun tidak mempunyai sebarang jawatan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru.



Walaupun tidak mempunyai sebarang wakil di Putrajaya dan perselisihan sebelum ini dengan Zahid, bagaimanapun AGM MCA hari ini memutuskan untuk menyokong Anwar, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar semua parti politik bersatu dan menyokong kerajaan.

Bercakap kepada media selepas AGM, Presiden MCA Wee Ka Siong – yang merupakan salah seorang daripada dua ahli parlimen parti itu – mengesahkan sokongan kepada Anwar, berkata: “Kami adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan”.

Wee bertemu dengan perdana menteri pada Khamis untuk mengucapkan tahniah dan membincangkan beberapa isu rakyat.

Selain memerangi rasuah dalam BN dan mengesahkan sokongan kepada Anwar, resolusi penting lain yang diluluskan pada AGM MCA hari ini termasuk gesaan untuk reformasi institusi.



Ini termasuk akta pembiayaan politik, memisahkan jawatan peguam negara daripada pendakwa raya, dan meminta parlimen menyemak pelantikan ke jawatan utama kerajaan.

AGM MCA juga meluluskan usul menggesa kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40 juta geran sepadan kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker