Anwar bakal bentang Belanjawan Mini melibatkan perbelanjaan RM55.96 bilion

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka memperuntukkan RM55.96 bilion untuk “belanjawan mini” sementara Putrajaya pada ketika pentadbirannya menyusun bajet baru bagi 2023.

Anwar yang juga menteri kewangan sebelum ini berkata belanjawan mini itu akan digunakan terutamanya untuk membayar emolumen penjawat awam bagi memastikan kerajaan terus beroperasi.

Belanjawan mini berada dalam turutan perkara kesembilan pada kertas aturan Dewan Rakyat untuk prosiding esok, menunjukkan kemungkinan besar ia akan dibentangkan di parlimen pada Selasa.



Berdasarkan kertas aturan itu, belanjawan mini akan dibiayai daripada kumpulan wang pembangunan negara mengikut Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan.

Kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat tidak menyatakan subseksyen mana yang akan digunakan, tetapi ia berkemungkinan Seksyen 4(2)(a) yang membenarkan belanjawan tambahan untuk perbelanjaan tidak dirancang dibentangkan.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh kerajaan pada Oktober – dengan peruntukan RM90.76 bilion untuk emolumen.

Bagaimanapun, parlimen telah dibubarkan sebelum Belanjawan 2023 dapat diluluskan.



Bajet baru hanya dijangka tahun depan – justeru keperluan pembiayaan sementara ini untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Putrajaya.

Sementara itu, untuk mengimbangi aliran keluar Dana Pembangunan, Anwar juga dijadualkan memindahkan RM35.05 bilion daripada dana yang diperoleh oleh terbitan sukuk kerajaan dan bil perbendaharaan ke dalam kumpulan wang itu.

Ini termasuk RM3.21 bilion baki hasil daripada Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB).

Sebanyak RM31.83 bilion lagi yang disalurkan ke dalam Dana Pembangunan akan datang daripada baki hasil daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).



Secara berasingan, Anwar akan memindahkan RM16.2 bilion daripada hasil MGII ke dalam dana Covid-19.

Parlimen akan bersidang buat pertama kali selepas pilihan raya umum ke-15 esok, bermula dengan pemilihan speaker Dewan Rakyat baru dan majlis ahli parlimen mengangkat sumpah.

Ahli parlimen kemudiannya akan memilih timbalan speaker, sebelum meneruskan undi percaya terhadap Anwar.

Usul undi percaya itu akan dibentangkan oleh salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker