Tanah runtuh: 2 mayat ditemui saling berpelukan

Tanah runtuh: 2 mayat ditemui saling berpelukan

Dua lagi mayat dipercayai milik seorang ibu dan anak perempuannya, ditemui tertimbus di bawah runtuhan tanah yang melanda beberapa tapak perkhemahan di Batang Kali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa itu ditemui saling berpelukan di sektor C, lokasi sebuah tapak perkhemahan yang dikenali sebagai Riverside.

“Kedua-duanya ditemui pada 4.40 petang. Mereka saling berpelukan. Kami percaya mereka adalah ibu dan anak perempuannya.”

Sementara itu, anggota penyelamat menemui satu lagi mayat sekitar 5.20 petang, tetapi jantinannya belum dikenal pasti.

Penemuan tiga mayat itu menjadikan angka korban meningkat kepada 19 orang setakat ini.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mengesan 14 orang yang belum ditemui.

Norazam berkata, 16 mayat ditemui di sektor A (tapak perkhemahan Hillview), dengan empat daripadanya adalah kanak-kanak.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemui, tetapi bergantung kepada keadaan cuaca dan tanah.

Beliau berkata, anggota penyelamat perlu berhati-hati kerana masih ada pergerakan air di bawah tanah.

“Jika ada pergerakan tanah, kami perlu menghentikan operasi buat sementara.” FMT

Tanah runtuh: 2 mayat ditemui saling berpelukan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker