Senarai portfolio exco Pahang
Senarai portfolio exco Pahang
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan senarai portfolio 10 exco termasuk dua daripada Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Wan Rosdy yang juga ADUN Jelai memegang portfolio perancangan, kewangan, tanah, sumber asli, tenaga dan air, pembangunan ekonomi, perladangan dan komoditi.
ADUN Benta Soffi Abdul Razak memegang portfolio pertanian, industri asas tani, bioteknologi dan pendidikan, lapor Bernama.
ADUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad pula memegang portfolio hal ehwal agama islam, pembangunan luar bandar dan hal ehwal orang asli; Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (ADUN Bebar) kerja raya, pengangkutan dan kesihatan.
Razali Kasim yang juga ADUN Muadzam Shah memegang portfolio hal ehwal Felda, koperasi dan usahawan manakala ADUN Pelangai Johari Harun (kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau).
Anak bekas perdana menteri Najib Razak, Mohamad Nizar yang juga ADUN Peramu Jaya memegang portfolio pelaburan, perindustrian, sains dan inovasi manakala ADUN Guai Sabariah Saidan (pembangunan masyarakat, pembangunan wanita dan keluarga).
Bekas setiausaha akhbar menteri besar, Fadzli Mohamad Kamal yang juga ADUN Dong dilantik sebagai exco komunikasi dan multimedia, sukan dan NGO.
Dua ADUN PH, Sim Chon Siang pula menerajui portfolio hal ehwal pengguna dan sumber manusia manakala ADUN Triang daripada DAP Leong Yu Man memegang portfolio perpaduan, pelancongan dan kebudayaan.
Barisan exco Pahang mengangkat sumpah jawatan pada 2 Dis lalu. FMT
Senarai portfolio exco Pahang
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib
You must be logged in to post a comment.