Piala AFF 2022: Harga tiket paling rendah kini hanya RM30
PETALING JAYA: Mendengar ‘keluhan’ penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura serendah RM30.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penurunan harga tiket buat kali kedua itu dibuat selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong.
Menurut Hamidin, beliau telah sekali lagi mengarahkan awatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais mendapatkan penyelesaian terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai.
“Peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos berkaitan dalam tempoh empat tahun, termasuk pengurusan dan penganjuran perlawanan.
“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong pada setiap perlawanan,” katanya semalam.
Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.