Pengunjung festival muzik ‘diraba’ pengawal keselamatan
Pengunjung festival muzik ‘diraba’ pengawal keselamatan
Berpuluh-puluh pengunjung sebuah festival muzik di Bangkok, Thailand mendakwa mereka menjadi ‘mangsa serangan seksual’ oleh beberapa pengawal keselamatan pada hujung minggu lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.
Sebilangan mangsa mendakwa, kemaluan mereka telah disentuh pengawal keselamatan sebelum dibenarkan memasuki Festival 808 yang diadakan di BITEC Bang Na pada 9 hingga 11 Disember lalu.
Seorang wanita bernama Hitomi Okemoto memberitahu laman berita Coconuts bahawa pengawal-pengawal keselamatan telah menyentuh semua wanita yang menghadiri festival itu di bahagian ‘kaki, kemaluan dan payudara’.
Okemoto yang tidak berpuas hati turut memuat naik imej memaparkan wanita lain yang sedang diraba.
“Saya pernah pergi ke festival lain di Thailand dan tiada yang menjalankan pemeriksaan badan seperti ini. Ia keterlaluan, saya rasa wanita lain juga berasa jijik, takut dan sedih,” katanya.
Seorang wartawan Thailand turut menyaksikan pengawal keselamatan menyentuh wanita dan lelaki di bahagian bawah seluar sebelum mereka dibenarkan masuk ke tempat itu.
Pengawal lelaki ditugaskan memeriksa wanita dan pengawal wanita memeriksa pengunjung lelaki.
Bagaimanapun, penganjur festival itu bertindak mempertahankan pengawal keselamatan mereka dengan berkata, ‘polis sedang mencari dadah’ dan pihaknya tidak mampu mengawalnya.
Pihak penganjur juga mempertahankan tindakan pengawal keselamatan yang menyentuh payudara ramai wanita ketika kejadian
Menjelang hari ketiga festival itu, semakin ramai orang ditangkap akibat dadah iaitu sekurang-kurangnya lebih 100 orang.
Seorang pegawai media untuk festival itu mengesahkan bahawa mereka telah mengupah pasukan keselamatan, selain mempertahankan usaha pencarian sebagai ‘perlu’ kerana dasar ketat tanpa dadah tahun ini. K Online
Pengunjung festival muzik ‘diraba’ pengawal keselamatan
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.