Mampukah Morocco kalahkan juara bertahan, Perancis?

Mampukah Morocco kalahkan juara bertahan, Perancis?

DOHA: Penyandang juara Piala Dunia, Perancis bertemu wakil sulung Afrika pada separuh akhir Maghribi dalam pertembungan yang dijangka menarik awal pagi esok waktu Malaysia.

Maghribi melepaskan hanya satu gol sepanjang kejohanan setakat ini – gol sendiri ketika menang 2-1 ke atas Kanada pada peringkat kumpulan – dengan Croatia, Belgium, Sepanyol dan Portugal gagal merobek kekebalan benteng pertahanan mereka.

Namun Perancis memiliki ramai penjaring gol berbisa. Kylian Mbappe dan Olivier Giroud sudah mengumpul sembilan gol antara mereka dan Ousmane Dembele serta Antoine Griezmann turut mampu menggegar pintu gol lawan.

Maghribi mempunyai beberapa kebimbangan mengenai kecergasan pemain di benteng pertahanan mereka – pertahanan tengah Nayef Aguerd terlepas aksi Portugal kerana kecederaan otot dan gandingan biasanya, Romain Saiss, digantikan kerana kecederaan pangkal paha yang berulang.

Sesiapa pun yang diturunkan pengendali Walid Regragui perlu bertindak cemerlang – Perancis membuktikan ketika menentang England sekalipun Mbappe dikekang, bahaya tetap datang dari arah lain.

Ada kemungkinan Perancis akan menikmati banyak penguasaan bola di kawasan Maghribi tetapi mereka perlu berwaspada dengan serangan balas pantas.

Gaya Maghribi sebenarnya mudah dan ketika mereka memberi tumpuan kepada sayap, dengan Hakim Ziyech di kanan dan Sofiane Boufal di kiri, mereka juga boleh melakukan hantaran jauh kepada penyerang Youssef En-Nesyri dan kemudian mengasak ke depan untuk menyokongnya.

Bek Perancis, Jules Kounde dan Theo Hernandez boleh menjangkakan malam yang sibuk, manakala Maghribi akan cuba menggunakan kesempatan jika ada kesilapan daripada pertahanan tengah Dayot Upamecano, yang beberapa kali dilihat gugup ketika berdepan England.

“Kami faham benar mengenai kualiti mereka, sekalipun jika mereka tidak sering kali mengawal bola,” kata Kounde. “Mereka amat berkesan dengan bola, mereka cuba untuk bergabung dengan cepat dan mencari pemain sayap mereka.”

Maghribi menghabiskan banyak tenaga ketika menang ke atas Sepanyol dan Portugal dan ketika sesetengah pemain mereka mengalami kecederaan, perlawanan awal pagi Khamis ini satu ujian sebenar terhadap ketahanan dan stamina mereka.

Pertembungan menentang Sepanyol berakhir dengan penentuan sepakan penalti dan mereka berdepan asakan bertali arus Portugal pada babak kedua. Sebaliknya Perancis berjaya mengharungi perlawanan kalah mati mereka tanpa sebarang tambahan masa dan sepatutnya lebih cergas.

Anak buah Didier Deschamps akan cuba menggunakan sepenuhnya kelebihan tahap kecergasan mereka dengan menyukarkan Maghribi ketika tidak memegang bola, bertukar arah permainan dan memaksa pasukan Regragui memburu bola, terutamanya pada babak awal.

Perancis tidak bimbang mengenai kecederaan dan mempunyai pilihan senjata serangan yang lebih tetapi Maghribi akan mendapat sokongan padu penonton di Stadium Al Bayt, menyorak mereka untuk mencatat satu lagi kejutan.

Pasukan Afrika itu, yang dikenali sebagai Atlas Lions, muncul satu daripada pasukan dengan penyokong terbaik di Qatar dan mereka dijangka mendapat manfaat daripada sokongan jitu itu awal pagi esok sebagai pasukan pertama Arab layak ke separuh akhir Piala Dunia. BH

Mampukah Morocco kalahkan juara bertahan, Perancis?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker