Jangan letak lantikan politik dalam IPCC
Jangan letak lantikan politik dalam IPCC
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berharap pelaksanaan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tidak membabitkan individu dalam kalangan lantikan politik.
Beliau berkata, sebaiknya pasukan bebas yang bakal ditubuhkan sebagai entiti siasatan sesuatu kes itu perlu membabitkan mereka yang berpengalaman dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.
“Perwartaan suruhanjaya bebas itu amat bagus dan tepat, namun sebaiknya tidak berlaku lantikan politik dalam pembentukan badan siasatan itu untuk kes membabitkan IPCC,” katanya kepada BH.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang medianya mengumumkan untuk melaksanakan IPCC bermula Jun tahun depan selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengenai tarikh penguatkuasaan akta itu.
Pada 26 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti pasukan PDRM, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.
Sebelum dibentang di Parlimen, proses penggubalan IPCC membabitkan libat urus dengan seramai 1,059 orang, selain sesi taklimat bersama pimpinan tertinggi PDRM, persatuan bekas polis, wakil KDN serta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).
IPCC memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Hal sama turut disuarakan Presiden Persatuan Kebajikan Veteran Polis Malaysia (VPOL), Datuk Hussin Awang Ngah bahawa suruhanjaya bebas itu perlu dianggotai pegawai polis supaya dapat memantau dan lebih mengetahui apa yang berlaku dalam PDRM.
“Jika boleh kita mahu seorang atau dua pegawai polis dan bukan hanya semata-mata orang luar seperti peguam dan sebagainya. Contohnya, jika peguam, mereka ini bercakap melalui apa yang mereka lihat saja walhal mereka tidak mengalami sendiri apa yang berlaku dalam pasukan.
“Jika terdapat wakil polis dalam suruhanjaya ini, sekurang-kurangnya mereka boleh bersuara mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Ini kerana orang luar hanya nampak badan beruniform ini yang elok saja.
“Sebagai contoh, kami sebagai polis ini nampak profesion guru sebagai seronok, dapat balik awal dan sebagainya, namun kita tidak tahu apa sebenarnya mereka alami ketika bekerja.
“Sebab itu kita tidak mahu jawatankuasa ini tidak dianggotai polis kerana keputusan hanya dibuat berdasarkan andaian luar saja,” katanya.
Hussin berkata, pelaksanaan IPCC membolehkan tindakan diambil kepada mana-mana anggota sama ada berpangkat rendah mahupun pegawai kanan.
“Saya secara peribadi berasakan IPCC boleh dilaksanakan, kerana sebelum ini tindakan disiplin hanya dilakukan terhadap anggota bawahan saja, malah tata etika pegawai atau pegawai kanan ditutup sebelah mata,” katanya. BH
Jangan letak lantikan politik dalam IPCC
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib