Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Banglo mewah terletak di Bukit Gasing, di sini sebelum ini terbiar sepi tanpa ada pembeli akhirnya terjual pada harga RM4.4 juta.

Sebelum ni, banglo terbiar tersebut sering dikaitkan dengan kewujudan entiti makhluk halus, lebih-lebih lagi orang ramai sering memperkatakan pemilik asal rumah tersebut dikaitkan dengan kes pembunuhan dan ritual mistik.

Difahamkan rumah terbabit dipercayai dimiliki oleh individu bernama Raymond Goh atau panggilannya adalah Shihan Goh yang kini sudah berusia 61 tahun dan beliau menggadaikan rumah tersebut kepada bank pada 15 Mac 2013.

Penemuan banyak tanda salib di kediaman tersebut kerana Shihan Goh merupakan master dalam seni mempertahankan diri Jiu-jitsu.

Beliau juga pernah menerbitkan buku agama Kristian yang bertajuk ‘The Aquarian Bible Awakening Thru Cosmic Link Omnipotentology’ pada tahun 2002.

Terdahulu melalui satu akaun Facebook Muhammad Ishaq menyatakan rumah banglo terbiar tersebut telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga RM4.4 juta. K Online

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker