Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini
Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini
SERDANG – Perkhidmatan Pusat Jantung Hospital Serdang akan dibuka pada orang ramai bermula hari ini dengan menyediakan pelbagai fasiliti yang lengkap untuk pesakit jantung di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kadar bayaran yang dikenakan oleh pusat ini juga serendah RM64 bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40.
“Dengan adanya pusat rawatan jantung ini, lebih ramai pesakit dari seluruh negara dapat dirawat dan ramai pakar serta ahli pasukan sokongan bidang kardiologi dan pembedahan kardiotorasik daripada KKM dapat dilatih untuk memberi rawatan bertaraf dunia.
“Dengan adanya pusat jantung ini, ia dijangka dapat mempercepatkan proses rawatan pesakit dan tempoh menunggu bagi rawatan angiogram (pengimejan saluran arteri) juga boleh dipercepatkan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Pusat Jantung Hospital Serdang, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr. Sha’ari Ngadiman.
Zaliha berkata, pusat rawatan ini dilengkapi dengan peralatan terkini yang serba canggih seperti sebuah Makmal Jantung Invasif (ICL) di Jabatan Kecemasan (ED) Yang Pertama di Malaysia.
Ujarnya, kemudahan yang ada di pusat ini setanding di negara maju yang lain.
Kemudahan ICL itu membolehkan kes-kes serangan jantung akut menerima rawatan segera dan terbaik iaitu Primary Percutaneous Coronary Intervention (PCI).
PCI merupakan prosedur intervensi bukan pembedahan dengan menggunakan kateter untuk melebarkan atau membuka pembuluh darah koroner yang menyempit dengan balon atau stent
“Pusat Jantung ini juga mempunyai sebuah dewan bedah hibrid pertama di fasiliti KKM dilengkapi dengan mesin angioplasti dan peralatan dewan bedah yang dapat memanfaatkan seramai 200 ke 250 orang pesakit setahun.
“Selain itu, pusat jantung ini juga mempunyai seunit mesin MRI 3.0 Tesla yang akan digunakan khusus untuk pengimejan diagnostik jantung,” jelasnya. MG
Pusat Jantung Hospital Serdang bertaraf dunia dibuka hari ini
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.