Pengusaha fun fair degil, langgar arahan sita
Pengusaha fun fair degil, langgar arahan sita
Kuala Selangor: Walaupun arahan sitaan sudah dikeluarkan namun pengusaha tapak pesta ria (fun fair) berhampiran Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, masih berdegil meneruskan operasi hingga menyebabkan tiga pengunjung cedera semalam.
Dalam kejadian itu, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan ‘Sotong Ride’ berpusing.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat berkata, sitaan dilakukan pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan.
Katanya, selain beroperasi secara haram, tapak pesta ria itu juga tidak mendapat kebenaran MPKS, selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
“Pengusaha tapak pesta ria itu ada membuat permohonan permit daripada MPKS. Namun kita tidak meluluskannya dan menyita lokasi itu.
“Bagaimanapun, pihak berkaitan masih berdegil untuk beroperasi bermula Sabtu lalu (10 Disember) hingga mengakibatkan berlaku insiden malang itu,” katanya selepas meninjau tapak pesta ria itu, hari ini.
Rahilah berkata, pengusaha terbabit hanya mendapat kebenaran daripada pemilik tapak atau tanah, namun bukannya MPKS.
Sehubungan itu katanya, MPKS turut memberi notis kompaun kepada pengusaha tapak pesta ria itu mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.
“Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.
“Tapak pesta ria itu turut diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya.
Sehubungan itu, Rahilah menasihati semua pihak supaya mematuhi arahan ditetapkan dan tidak beroperasi tanpa permit sah seumpama itu.
Katanya, kejadian seperti itu boleh dielakkan jika arahan pihak berkuasa dipatuhi sejak awal ketika sitaan dilakukan. HM
Pengusaha fun fair degil, langgar arahan sita
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah