Pengiraan penjara macam waktu pejabat, Sabtu, Ahad cuti

Pengiraan penjara macam waktu pejabat, Sabtu, Ahad cuti

Seorang wanita menjadi perhatian di TikTok apabila sering berkongsi pengalaman dan suasana ketika menjadi tahanan penjara.

Menerusi akaun Adzrin Adzhar, dia menyifatkan pengiraan di penjara sama seperti waktu pejabat apabila pada hari Sabtu dan Ahad dikira cuti.

“Saya dijatuhkan hukuman penjara setahun, tetapi saya hanya perlu jalani tempoh selama lapan bulan sahaja.

“Penjara macam waktu pejabat, Sabtu dan Ahad cuti, jadinya dia akan tolak setiap Sabtu dan Ahad sepanjang setahun itu, dan tempoh hukuman jadi lebih pendek,” katanya.

Adzrin yang juga penghidap kanser ovari sering memuat naik rakaman video di TikTok bagi menjawab segala persoalan pengikutnya.

Ada pengikut yang bertanya mengenai punca dia dimasukkan ke dalam penjara.

Sehubungan itu, Adzrin tampil tenang membalas dengan memaklumkan dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan melibatkan pengubahan wang haram membiayai unsur keganasan dan jenayah.

Katanya secara ringkas, kesalahan tersebut melibatkan isu politik negara yang dianggap ‘kotor’ ketika itu, namun dia reda terima ketentuan Allah SWT.

Walaupun memegang status bekas banduan, Adzrin dilihat menjadi satu inspirasi kepada orang lain apabila rata-rata pengikutnya memuji kekuatan yang ada pada wanita itu kerana masih mampu tersenyum meskipun dilanda pelbagai ujian hidup.

“Awak macam bukan bekas banduan, cara awak bercerita bersahaja sahaja, awak memang kuat, mungkin dapat jadikan pengajaran bersama,” kata Maisarah.

“Kalau kita benar, jangan malu untuk mengaku kita bekas banduan, ramai yang masuk penjara atas hasad dengki orang lain, bukan salah sendiri, jangan risau hukuman di akhirat nanti lebih adil,” ujar Shakirin. K Online

Pengiraan penjara macam waktu pejabat, Sabtu, Ahad cuti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker