Magis Messi, Modric dijangka jadi penentu aksi separuh akhir
Magis Messi, Modric dijangka jadi penentu aksi separuh akhir
DOHA: Piala Dunia Qatar 2022 semakin menuju ke kemuncaknya dengan empat pasukan berentap untuk menempah tiket ke final pada 18 Disember ini, Argentina bertemu Croatia manakala Perancis menentang Maghribi.
Juara dua kali, Argentina pasti mahu mengelakkan penentuan sepakan penalti kerana Croatia dilihat pakar selepas tidak pernah mengecewakan menerusi penentuan sebegitu dalam sejarah Piala Dunia.
Namun apa yang menariknya pertembungan jaguh Amerika Selatan itu dengan lawan dari Eropah menampilkan dua personaliti yang amat dikenali dalam kancah bola sepak dunia, Lionel Messi dan Luka Modric.
Magis siapa yang akan menjadi penentu pada aksi di Stadium Lusail awal pagi Rabu ini masih menjadi tanda tanya ketika skuad La Albiceleste bermegah dengan hakikat tidak pernah kalah apabila beraksi pada separuh akhir Piala Dunia sehingga kini.
Pada usia 35 tahun, Messi dilihat berdepan peluang terakhirnya untuk menjulang Piala Dunia selepas sebelum ini terlalu banyak mengumpul kejayaan di peringkat kelab bersama Barcelona dan kini Paris Saint-Germain (PSG).
Kejayaannya mengemudi Argentina menjuarai Copa America tahun lalu sekurang-kurangnya melenyapkan seketika kritikan terhadapnya sebagai hanya jaguh di peringkat kelab dan sentuhan Lionel Scaloni sebagai jurulatih dikatakan mampu membantunya merealisasikan impian itu.
Namun Croatia, yang mempamerkan ketabahan ketika menyingkirkan juara lima kali Brazil pada suku akhir ternyata bukan pasukan yang boleh dipandang enteng kerana selain Modric, mereka mempunyai beberapa pemain muda yang perlu disegani selain kecekapan penjaga gol, Dominik Livakovic yang mula mencuri tumpuan kelab ternama.
Perseteruan antara Messi dan Modric sudah berlaku sejak sedekad lalu apabila dia menyertai Real Madrid manakala Messi memperagakan sentuhan magisnya bersama Barcelona. Jadi kedua-duanya bukan asing antara satu sama lain.
Di atas kertas, Argentina yang menghuni ranking ketiga FIFA ketika ini menjadi pilihan untuk melangkah ke final di Stadium Lusail 18 November ini tetapi Croatia, yang berada di tangga ke-12 dunia, pasti tidak mahu membiarkan lawan layak dengan mudah.
Scaloni tidak dapat menurunkan dua pemain yang digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning Marcos Acuna dan Gabriel Montiel namun beliau mempunyai pengganti yang mampu bila-bila masa memikul tugas mereka dengan sempurna.
Menanti pemenang antara Argentina-Croatia di final nanti adalah pemenang satu lagi pertembungan separuh akhir antara juara bertahan Perancis dan jaguh baharu Afrika, Maghribi yang berentap di Stadium Al Bayt awal pagi Khamis ini. BH
Magis Messi, Modric dijangka jadi penentu aksi separuh akhir
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.