Corolla catat jarak perjalanan 2 juta kilometer masih utuh
WELLINGTON – Seorang pemandu penghantaran sebelum ini berikrar kereta Toyota Corolla keluaran tahun 1993 akan ‘bergerak’ selama-lamanya selepas ia mencapai jarak perjalanan sejauh 2,000,000 kilometer (km) yang sukar dipercayai, lapor portal berita Daily Star semalam.
Pemandu itu, Graeme Hebley membeli kenderaan tersebut pada tahun 2000 dan telah mencapai jarak yang mengagumkan dalam tugasnya sebagai kontraktor penghantaran akhbar.
Hebley, 72, juga telah mengaku bahawa kenderaan berkenaan mungkin akan bertahan lebih lama daripadanya kerana jentera yang kukuh itu masih bergerak dengan lancar.
Pergerakannya masih lancar walaupun pemanduan dilakukan selama lapan jam antara Wellington dan New Plymouth di Pulau Utara negara itu enam hari pada setiap minggu.
Toyota Corolla miliknya masih mempunyai transmisi dan enjin asal walaupun sudah bergerak sejauh 5,000 kilometer hampir setiap minggu.
Pemeriksaan biasa yang menyaksikan kenderaannya diservis dua minggu sekali di Auto Guthrie di Whanganui dianggapnya telah membantu jangka hayat kereta tersebut.
Seorang mekanik, John Sherman mengaku dia kagum dengan kereta itu dan mengesahkan rekod Hebley dengan memberitahu akhbar New Zealand Herald: “Jika saya tidak membuatnya (melakukan servis), saya tidak akan percaya.
“Saya tidak akan percaya ia boleh melakukan dua juta (km). Dalam keseluruhan kerjaya saya, itu (klometer) adalah yang tertinggi pernah saya lihat.”
Dia menambah bahawa jarak jauh perjalanan sebelum ini dibuat oleh sebuah kenderaan yang bergerak sejauh 700,000km. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah