Saiz Kerajaan Perpaduan lebih kecil berbanding zaman Muhyiddin

SHAH ALAM – Saiz barisan Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merangkumi seramai 55 menteri dan timbalan menteri adalah lebih kecil berbanding jumlah anggota pentadbiran pada era pemerintahan dua Perdana Menteri, sebelumnya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bagaimanapun, Penyelidik Kanan O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi menjelaskan, saiz pentadbiran Anwar adalah tidaklah terlalu kecil dan menyamai jumlah anggota jemaah dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri kali kedua, pada 2018 yang terdiri daripada 27 menteri dan 28 timbalan menteri.

Anis Anwar berkata, walaupun pembabitan wanita dalam kabinet kerajaan campuran pimpinan Anwar, belum mencapai tahap kuota 30 peratus, namun ia adalah lebih baik daripada zaman tiga Perdana Menteri, sebelumnya iaitu di bawah Dr Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri.

Malah, beliau berkata, pelantikan 23.6 peratus atau 13 daripada 55 menteri dan timbalan menteri daripada golongan wanita di bawah pentadbiran Anwar sebagai anggota kepimpinan lebih tinggi berbanding era tiga Perdana Menteri sebelumnya iaitu sembilan orang sahaja.

Bahkan, Anis Anwar berkata, peratusan menteri dan timbalan menteri wanita adalah lebih besar berbanding peratusan ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat sekarang iaitu pada 14.4 peratus sahaja.

“Anwar juga memberikan kepercayaan yang tinggi kepada wanita juga diberikan dengan peluang yang diberikan menerajui beberapa kementerian penting seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan.

“Bagaimanapun, cabaran utama kabinet Anwar adalah memastikan kecekapan mutu perkhidmatan setelah beberapa kementerian digabungkan dan juga memastikan pendapatan negara dan rakyat turut meningkat.

“Walaupun pengecilan saiz kabinet dianggap sebagai usaha mengecilkan perbelanjaan kerajaan kepada gaji Menteri namun penjanaan hasil kerajaan mestilah lebih diutamakan berbanding penjimatan,” katanya kepada wartawan Sinar Premium.

KOMPOSISI

 

Anis Anwar Suhaimi
Anis Anwar Suhaimi

Anis Anwar juga berpandangan Perdana Menteri juga mengambil kira aspek keseimbangan wilayah dalam pembentukan kabinet di bawah kerajaan campuran pimpinannya dengan memberi ruang kepada lebih ramai wakil Sabah dan Sarawak memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.

“Keseimbangan kabinet Anwar telah mengambil kira keseimbangan antara wilayah dengan memberi lebih ramai wakil kepimpinan Sabah dalam posisi Timbalan Menteri selepas kepimpinan Sarawak diberikan ruang di posisi Menteri.

“Manakala perwakilan DAP dalam jemaah menteri adalah lebih rendah berbanding nisbah peratusan mereka sebagai parti komponen kerajaan di mana kuota itu diberikan kepada rakan mereka seperti PKR dan UMNO,” katanya.

Walaupun begitu, Anis Anwar berkata, pelantikan DAP di kementerian tertentu seperti di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan terkini di Kementerian Pendidikan akan mengundang keresahan sebahagian besar masyarakat.

Ini berikutan pelbagai cadangan dikemukakan PH semasa kempen PRU15 khususnya berkaitan dengan idea pilihan raya kerajaan tempatan dengan isu silibus sejarah dan khat sebelum ini.

“Namun umumnya pelantikan kali ini dilihat telah mengambil kira pelbagai pertimbangan politik dan kerajaan PH hari ini wajar mengambil peluang kedua untuk memperbaiki kelemahan mereka sewaktu tahun 2018 yang lalu,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker