Pelajar kencing berdarah, sakit perut, dakwa dipukul senior ketika tidur

Pelajar kencing berdarah, sakit perut, dakwa dipukul senior ketika tidur

Seorang pelajar lelaki mendakwa cedera dipukul pelajar senior di sebuah sekolah asrama di Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa berusia 16 tahun itu mengadu sakit di bahagian perut dan kencing berdarah kira-kira 10 pagi semalam.

Susulan itu, katanya, bapa mangsa membawanya ke Hospital Bentong dan hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki remaja itu dipukul.

Beliau berkata, mangsa mendakwa dipukul pelajar lelaki berusia 17 tahun ketika sedang tidur dalam asrama.

“Mangsa dipukul di bahagian badan dan kaki, sebelum bapanya membawa remaja terbabit ke Balai Polis Bentong untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Zaiham berkata, polis sudah berhubung dengan sekolah itu dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. FMT

Pelajar kencing berdarah, sakit perut, dakwa dipukul senior ketika tidur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker