Morocco negara Afrika pertama ke separuh akhir Piala Dunia

Portugal dimalukan oleh 10 pemain Morocco

Morocco negara Afrika pertama ke separuh akhir Piala Dunia

DOHA: Youssef En-Nesyri meledak gol tunggal dalam kemenangan 1-0 Maghribi ke atas Portugal pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Thumama sebentar tadi.

En-Nesyri, yang dua kali tandukannya melepasi palang sebelum itu, melompat tinggi mengatasi penjaga gol Portugal, Diogo Costa dan pertahanan, Ruben Dias pada minit ke-42 untuk meletakkan Maghribi di depan.

Penyerang Portugal, Joao Felix mempunyai dua peluang untuk meletakkan pasukannya di depan, tetapi penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menyelamatkan keadaan pada minit ke-31 dan satu lagi tersasar.

Bruno Fernandes juga mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun rembatannya dari sebelah kanan padang terkena palang.

Cristiano Ronaldo, yang dimasukkan di awal babak kedua, mempunyai peluang di akhir permainan untuk menjaringkan gol untuk Portugal, namun Bounou sekali lagi pantas menyelamatkan keadaan.

Maghribi akan bertemu pemenang antara Perancis dan England yang akan beraksi selepas ini. – REUTERS

Morocco negara Afrika pertama ke separuh akhir Piala Dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker