Tuan Ibrahim dakwa ucapan Zahid adalah sogokan kepada pengundi

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu kelmarin jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jelas mempunyai unsur rasuah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam pelbagai platform media sosial di atas ucapan berkenaan, namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, jauh beza dengan kenyataan segera terhadap tindakan pihak pembangkang.



“Jika di pihak pembangkang, menyediakan bas oleh kerajaan Kelantan untuk kemudahan pengundi pulang membuang undi, dengan tiada sebarang syarat sama ada mengundi sesiapa yang mereka suka pun, dianggap satu kesalahan rasuah.

“Hal yang sama dirasai rakyat apabila BERSIH yang satu masa dulu lantang memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil turut sepi ketika parti pemerintah melakukan kesalahan, namun lantang mengeluarkan kenyataan membantah, kalau hal yang sama dilakukan oleh parti pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, berkata BERSIH kini dilihat gagal berperanan sebagaimana ia



diasaskan, kerana dilihat lebih condong menyokong parti pemerintah khususnya PH.

“Rakyat kini menuntut tindakan segera sebelum mereka menterjemahkan dalam peti undi pada 12Ogos nanti,” katanya.

Kelmarin, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan RM250,000 kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri Terengganu.

Pada masa sama, beliau turut meminta belia yang hadir dalam acara itu memilih “gelombang biru dan merah” dalam PRN 12 Ogos ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker