GRO tawar ‘Kerang Basah’ ketika PKP

SABAK BERNAM – Sebuah pusat hiburan di Jalan PP2 Taman Perindustrian, di sini yang menawarkan layanan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing digempur polis, pada Ahad.

Serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an disyaki pengurus dan penjaga kaunter selain merampas 58 biji pil eramin 5 dan 62 pil ekstasi yang dipercayai dijual kepada pelanggan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, pemeriksaan lanjut turut menahan 13 wanita warga Vietnam berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun disyaki GRO.



Menurutnya, pelbagai barang antaranya peralatan audio, wang tunai RM8,300 dan resit bayaran juga dirampas untuk siasatan lanjut selain empat peket lut sinar disyaki mengandungi serbuk dadah.

“Polis turut mengenakan kompaun terhadap 21 pelanggan dan dua pekerja premis terbabit atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”

Tambahnya, ujian air kencing mendapati seramai 32 individu positif dadah dan kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020,” katanya.



Serbuan membabitkan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor bersama IPD Sabak Bernam itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker