16 muka baharu jadi timbalan menteri

Gambar dari kiri: Aiman Athirah Sabu, Wilson Ugak Kumbong, Rubiah Wang, Lim Hui Ying, Chan Foong Hin, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud, Adly Zahari, Adam Adli, Saraswathy, Huang tiong Sii, Lukanisman Awang Sauni, Siti Aminah Acing, Khairul Firdaus Akbar Khan

SHAH ALAM – Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan seramai 16 muka baharu daripada 27 jawatan timbalan menteri yang telah dilantik pada Jumaat lalu.

Parti yang paling banyak mewakili muka baharu untuk menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini adalah Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada sembilan orang calon.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu yang akan memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim (Belia dan Sukan) dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Pembangunan Kerajaan Tempatan).

Turut dilantik, Naib Presiden PKR, K Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari (Pertahanan) dan Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Sumber Manusia).



Gabungan kuat parti PH iaitu DAP turut mendapat tempat dalam pelantikan timbalan menteri seperti Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Lebih menarik, adik kepada Ahli-ahli Parlimen terkenal turut membarisi kabinet Kerajaan Perpaduan.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang merupakan adik kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh dan Adik Pengerusi DAP, Lim Guan Eng iaitu Lim Hui Ying (Menteri Pendidikan).

Tidak lupa, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal, yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut berjaya dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan merupakan satu-satunya wakil dari parti tersebut.



Seterusnya, Anwar turut melantik empat orang wajah baharu yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii (Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim), Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni (Kesihatan) dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong (Jabatan Perdana Menteri).

Selain Warisan, Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khas turut menjadi satu-satunya wakil Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam senarai timbalan menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ahli Parlimen Beaufort, Siti Aminah Aching juga merupakan satu-satunya calon muka baharu untuk parti Barisan Nasional (BN) yang berjaya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

SENARAI TIMBALAN MENTERI MUKA BAHARU:



PAKATAN HARAPAN (PH)

1. Aiman Athirah Sabu (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

2. Adam Adli Abd Halim (Belia dan Sukan)

3. Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Pembangunan Kerajaan Tempatan)



4. K Saraswathy (Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

5. Adly Zahari (Pertahanan)

6. Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Sumber Manusia)

7. Chan Foong Hin (Pertanian dan Keterjaminan Makanan)



8. Ramkarpal Singh (Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)

9. Lim Hui Ying (Menteri Pendidikan)

GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS)

1. Datuk Rubiah Wang (Kemajuan Desa dan Wilayah)



2. Datuk Seri Huang Tiong Sii (Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)

3. Lukanisman Awang Sauni (Kesihatan)

4. Datuk Wilson Ugak Kumbong (Jabatan Perdana Menteri)

WARISAN

1. Datuk Mohd Yusof Apdal (Menteri Pendidikan Tinggi)

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)

1. Khairul Firdaus Akbar Khas (Pelancongan, Seni dan Budaya)

BARISAN NASIONAL (BN)

1. Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker