Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan – DPIM

Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan – DPIM

Kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada usaha meringankan kos sara hidup rakyat selain membawa negara keluar dari kemelesetan ekonomi.

Malah langkah bagi memulihkan imej rasuah serta salah guna kuasa yang terpalit dengan kerajaan terdahulu juga perlu dilakukan dengan segera, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.



Justeru katanya, pemilihan barisan Kabinet perlu mencerminkan usaha ke arah tersebut.

“Seluruh dunia memerhati keadaan politik negara kita. Rakyat turut memerhati tindak-tanduk janggal pimpinan politik sebelum dan selepas PRU-15.

“Isu pemimpin kleptokrat, kaki rasuah, kaki pembohong dan kluster mahkamah menjadi tajuk utama ceramah politik.

“Malangnya, untuk mendapat kerusi Perdana Menteri, isu yang diperjuangkan sewaktu kempen PRU terus dilupakan. Malah, kini mereka “dinikahkan”, katanya menerusi kenyataan hari ini.



Dalam pada itu Shahir melahirkan rasa kecewa apabila
pandangan rakyat yang mahu agar barisan Kabinet bebas daripada mereka yang menghadapi sebarang pertuduhan di mahkamah tidak diendahkan.

Katanya, agak memilukan apabila pandangan rakyat itu akhirnya tidak dipedulikan demi kuasa.

“DPIM menyokong kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas) bahawa barisan Kabinet cacamarba dengan penyertaan Orang Kena Tuduh (OKT) berkenaan penyelewengan dana, adalah suatu perkara yang memalukan,” ujarnya.

Tambah beliau, pelabur asing akan menjauhi negara ini kerana ditadbir oleh barisan Kabinet cacamerba dan hilang integriti ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.



“Pulangkan mandat kepada rakyat untuk PRN negeri-negeri yang bakal diadakan. Harapnya rakyat memberikan petunjuk yang jelas bahawa rakyat Malaysia menolak pemimpin kleptokrasi,” katanya. MG

Ringankan kos sara hidup, bawa negara keluar dari kemelesetan – DPIM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker