Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan perubahan biasa – Anwar

Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan perubahan biasa – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pertukaran membabitkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) adalah perkara yang biasa.

Anwar berkata, perubahan tersebut tidak membabitkan soal serta khabar angin yang dilaporkan media mengenai kedudukan KSP, Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon sejak beberapa hari lalu.

“Ini hanya pertukaran biasa yang juga membabitkan sama ada kenaikan pangkat atau perubahan jabatan dan urusan.

“Wewenang (hak dan kuasa) perbincangan ini diputuskan oleh penjawat awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan senarai 27 Timbalan Menteri di 26 kementerian dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan tentang teka teki kedudukan Asri apabila kelibatnya tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Anwar yang juga Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan, Selasa lalu.

Malah, ketika sidang akhbar selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian Kewangan, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat khas kewangan negara dengan KSP baharu namun beliau tidak menyatakan siapa KSP baharu itu.

Dalam pada itu, Anwar ketika ditanya mengenai kedudukan pegawai tertinggi di beberapa kementerian termasuk Ketua Setiausaha yang kini digabungkan menjadi satu, Anwar berkata, ia adalah urusan pentadbiran yang juga dikendalikan oleh Mohd. Zuki.

“Urusan pentadbiran KSN akan kendalikan dan uruskan dengan sewajarnya,” ujar beliau. K Online

Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan perubahan biasa – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker