Berpelukan dengan Fuad, Tom akui jahil agama
PETALING JAYA – Penyanyi Tom, tampil memohon maaf ekoran tersebar gambarnya berpelukan dengan penyanyi asal Singapura iaitu Fuad Rahman yang tular sejak beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran Instagram, bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu berkata, dia sudah terbiasa dengan kehidupan yang sangat terbuka antara lelaki dan perempuan sebelum ini.
Katanya, perlakuan tersebut adalah perkara yang biasa dan normal baginya kerana sudah lama hidup dalam keadaan sebegitu.
“Minta maaf pasal gambar saya yang sudah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki, tidak sengaja. Kehidupan saya mungkin tidak macam orang lain yang tahu halal dan haram.
“Salah saya tidak ambil berat perkara sebegini sebelum ini. Maaf sangat-sangat. Pada yang kurang senang tengok gambar-gambar dan video saya sebelum ini, saya mahu mohon maaf,” ujar Tom.
Bagaimanapun, penyanyi dengan nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram itu terbuka untuk menerima bimbingan dan tunjuk ajar serta berhasrat mempelajari ilmu agama secara lebih mendalam.
Hal ini kerana ujar Tom, dia mengakui ilmu agamanya tidak seberapa sehinggakan sebelum ini dia tidak begitu mengambil berat soal tersebut.
“Saya sangat-sangat tidak perasan benda macam itu tidak boleh sebagai Islam. Hidup saya terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan.
“Saya pun teringin hendak belajar bab-bab agama. Saya selalu keliru tentang halal dan haram sebab sudah terbiasa dengan kehidupan yang terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan.
“Bab-bab agama saya tidak berapa tahu sangat. Doakan saya supaya lebih tahu bab-bab halal dan haram selepas ini. Saya minta maaf,” jelas Tom yang popular dengan lagu Redha.
Rentetan itu, rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan menyokong hasrat Tom yang ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik.
“Tidak mengapa kakak, perlahan-lahan berubah. Hanya kakak dan Allah tahu tahap mana dan macam mana ujian mahu berubah yang kakak hadap,” komen seorang pengikutnya.
“Kita semua tidak sempurna, semoga Tom berusaha mencari hidayah Allah dan mendekatkan diri dengan Yang Esa. Berusaha menjadi yang lebih baik selepas ini,” komen seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, foto mesra antara Tom dan Fuad menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga pasangan itu kemudian tampil mengumumkan secara rasmi hubungan mereka dalam Facebook.
Mereka mendedahkan pernah menjadi kekasih selama beberapa tahun sejak 2005 sebelum berpisah kerana Fuad berdepan hukuman penjara. – KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?