Anwar perlu berani menghapuskan monopoli konglomerat lain – Najmil

Anwar perlu berani menghapuskan monopoli konglomerat lain – Najmil

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertindak adil jika mahu menyelesaikan masalah rakyat dan berani menghapuskan monopoli syarikat gergasi lain.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, adalah tidak adil Anwar hanya menyasarkan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary seorang sahaja dalam mengurangkan tindakan memonopoli barangan di Malaysia.

“Anwar perlu berani menghapuskan monopoli konglomerat lain. Kartel monopoli barangan binaan, telco, gula, tepung gandum, industri sawit dan pelbagai lagi.

“Mereka ini juga sebenarnya yang perlu dijadikan target. Saya bukannya menggunakan racial card di sini tapi berlakulah adil dan rasional,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menambah, rakyat kini akan menilai sama Anwar berani untuk mengambil tindakan sama ke atas 10 taikun teratas di negara ini.

“Kita tengok sama ada PM10 DSAI berani atau tidak mengambil tindakan sama pada taikun-taikun Top-10 ini seperti mana PM10 kena tekanan pada TS Syed Mokhtar,” katanya. MG

Anwar perlu berani menghapuskan monopoli konglomerat lain – Najmil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker