Polis cari saksi kemalangan maut pesara ACP polis

Keadaan mayat pesara polis yang telah ditutupi kain putih di lokasi kejadian

SHAH ALAM – Polis memohon bantuan orang ramai atau saksi yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan pesara polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP) di Persiaran Kayangan, Seksyen 7 berhadapan Hospital Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang pada 30 November lalu, mangsa merupakan lelaki berusia 68 tahun dengan kali terakhir bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila melintas jalan tanpa menggunakan jejantas di lokasi tersebut.

“Secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Proton Saga dipandu seorang pelajar wanita sebuah universiti awam berusia 22 tahun tidak sempat membrek dan terus melanggar pejalan kaki tersebut.



“Mangsa yang merupakan pesara polis telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa dibawa ke hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Tambah Mohd. Iqbal siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian serta kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” ujarnya



 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO



Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker