Najib diberi kebenaran keluar notis pihak ketiga

Najib diberi kebenaran keluar notis pihak ketiga

Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Najib Razak untuk mengeluarkan notis kepada enam bekas pengarah SRC International Sdn Bhd agar dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman USD1.18 bilion yang difailkan syarikat itu terhadapnya.

Enam individu itu ialah Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Ismee Ismail dan Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

Sebelum ini, SRC menggugurkan enam individu berkenaan dalam saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.

Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan demikian selepas peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib memohon kebenaran itu dan tiada bantahan daripada peguam A Thenesh bagi pihak SRC.

Mahkamah mengarahkan notis berkenaan diserahkan kepada individu-individu terbabit dalam tempoh 14 hari selepas notis tersebut dikeluarkan.

Harvinderjit berkata pihaknya akan mengeluarkan notis berkenaan minggu depan.

SRC selaku plaintif mendakwa Najib yang merupakan penasihat emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019 telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.

SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta. FMT

Najib diberi kebenaran keluar notis pihak ketiga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker