Muka, badan DJ Lin bengkak teruk

Muka, badan DJ Lin bengkak teruk

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin berdepan situasi mencemaskan apabila wajah dan badannya bengkak teruk akibat alahan terhadap ubat tahan sakit.

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid berkata, dia tidak menyangka bahawa ubat tahan sakit itu mampu memberi kesan seteruk itu kepada tubuhnya.

“Semalam, memang saya ada beberapa mesyuarat dan selepas itu, mula sakit kepala. Selalunya, saya ambil ubat tahan sakit yang selalu saya makan. Tapi kebetulan semalam, ubat itu tak ada dan saya makan ubat tahan sakit jenis berbeza.

“Tak lama selepas itu, muka saya mula rasa panas dan tak selesa sebelum beberapa bahagian di muka saya mula bengkak terutamanya di bahagian mata.

“Lebih kurang jam 6 petang, saya dah tak tahan sangat dan terus ke klinik yang tak jauh dari pejabat. Selepas membuat pemeriksaan, doktor berikan suntikan dan beberapa ubat,” katanya yang juga Pengurus Besar Suria FM.

Kesan ubat yang diberikan doktor itu juga membuatkannya terpaksa berehat di pejabat.

“Doktor beritahu, ubat suntikan itu akan membuatkan saya mengantuk. Jadi, selepas selesai urusan di klinik, saya kembali ke pejabat untuk berehat.

“Bila kakitangan saya kejut, barulah saya tersedar dan waktu itu dah hampir jam 12 tengah malam. Jadi, disebabkan alahan dan kesan ubat ini, saya tak dapat bersiaran semalam,” katanya.

Hari ini, kesan bengkak dan kemerah-merahan akibat alahan itu mula pulih. Lin turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang memberi pelbagai saranan di samping doa.

“Alhamdulillah, hari ini bengkak dah mula surut sedikit. Apa pun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat dan pendengar Suria FM yang menulis komen di media sosial, mendoakan serta memberi cadangan tempat berubat.

“Saya baca setiap komen itu dan insya-Allah, setiap perkongsian mereka juga sangat berguna bukan saja untuk saya, tetapi juga untuk orang lain yang mengalami situasi sama,” katanya. HM

Muka, badan DJ Lin bengkak teruk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker