Rombakan kabinet besar-besaran – Sumber

Rombakan kabinet besar-besaran – Sumber

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan bersedia membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat ketika timbul desas desus mengenai kemungkinan perkara itu.

Menurut satu sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Anwar sedang menyusun rombakan kabinet termasuk menukar ketua-ketua setiausaha (KSU) beberapa kementerian.

“Dengan selesainya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kerajaan terus stabil berbanding propaganda dicanang Perikatan Nasional (PN). Ini termasuk dukungan Sabah dan Sarawak terus kukuh.

“Perdana menteri kini fokus kepada kerajaan untuk berfungsi melaksanakan dasar-dasar utama seperti RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), Bajet 2024 pada Oktober, polisi tenaga dan kos sara hidup.

“Oleh demikian Anwar akan melakukan rombakan kabinet, KSU, anggota birokrasi, kakitangan awam, bahkan pejabat beliau sendiri,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan spekulasi mengenai rombakan kabinet untuk menggantikan menteri yang tidak berprestasi.

Laporan itu juga mendakwa rombakan itu akan turut membabitkan ketua setiausaha dan ketua pengarah di beberapa kementerian.

Sementara itu, sumber itu berkata rombakan akan dilakukan Anwar bagi memperkemaskan penambahbaikan dalam usaha komunikasi kerajaan.

“Misalnya jentera hebahan atau penerangan dilihat tertinggal berbanding PN. Proses rombakan masih disusunkan. Akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya. Mk

Rombakan kabinet besar-besaran – Sumber

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker