Ajar Anak Tidak Berkongsi Sudu Dengan Kengkawan, Punca Anak Mudah Jatuh Sakit

Ajar Anak Tidak Berkongsi Sudu Dengan Kengkawan, Punca Anak Mudah Jatuh Sakit

PUNCA penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan.

Antara penyebab penyakit yang paling biasa adalah kerana organisme seperti bakteria, virus, kulat atau parasit.

Punca penyakit berjangkit

Sememangnya terdapat banyak organisme hidup sama ada di dalam atau di luar tubuh kita.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, beberapa organisme boleh menyebabkan penularan penyakit.

Ada beberapa penyakit berjangkit boleh merebak daripada seorang individu kepada individu lain.

Sebahagian yang lain boleh disebarkan oleh serangga atau haiwan.

Dalam sesetengah kes, punca penyakit berjangkit mungkin kerana pengambilan makanan atau air yang tercemar mahupun terdedah kepada organisme persekitaran.

Bagi anak kecil yang sedang mengembang imunisasi tubuh, pasti mereka lebih terdedah dan berisiko untuk dijangkiti.

Penyebab penyakit

Jom ketahui antara penyebab penyakit yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak.

Bakteria

Organisme ini bertanggungjawab untuk penyakit seperti radang tekak, jangkitan saluran kencing dan tuberkulosis (batuk kering).

Virus

Walaupun lebih kecil daripada bakteria, virus menyebabkan banyak penyakit seperti selesema biasa hingga AIDS.

Kulat

Banyak penyakit kulit seperti kurap disebabkan oleh kulat. Jenis kulat lain boleh menjangkiti paru-paru atau sistem saraf.

Parasit

Malaria disebabkan oleh parasit kecil yang disebarkan oleh gigitan nyamuk. Terdapat juga parasit lain boleh merebak kepada manusia daripada najis haiwan.

Punca penyakit berjangkit: Hubungan secara langsung

Cara lain penyebab penyakit berjangkit adalah dengan bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyai jangkitan.

Penyakit berjangkit boleh tersebar melalui hubungan langsung seperti:

Individu kepada individu

Penyakit berjangkit biasanya merebak melalui pemindahan langsung bakteria, virus atau kuman lain daripada satu pihak kepada pihak yang lain.

Ini boleh berlaku apabila seseorang dengan bakteria atau virus menyentuh, mencium atau batuk mahupun bersin pada individu yang tidak dijangkiti

Haiwan kepada manusia.

Digigit atau kesan calar berpunca oleh haiwan yang dijangkiti boleh membuatkan anda jatuh sakit. Dalam keadaan tertentu, boleh membawa maut.

Ibu kepada anak yang belum lahir.

Seorang wanita hamil boleh menyebarkan kuman yang menjadi punca penyakit berjangkit kepada bayinya yang belum lahir.

Sebilangan kuman boleh melalui plasenta atau melalui susu ibu.

Kuman di dalam faraj juga boleh menular ke bayi semasa kelahiran

Hubungan tidak langsung

Organisme penyebab penyakit juga dapat ditularkan melalui hubungan tidak langsung. Banyak kuman boleh bertahan pada benda mati, seperti meja atau pemegang pintu.

Apabila anak sentuh pemegang pintu yang telah disentuh oleh individu yang sedang sakit, mereka boleh secara tidak langsung ‘mengambil’ kuman yang ditinggalkan.

Gigitan serangga penyebab penyakit

Beberapa kuman bergantung pada pembawa serangga seperti nyamuk atau kutu untuk berpindah dari tuan rumah ke tuan rumah baharu.

Pembawa ini dikenali sebagai vektor. Nyamuk boleh membawa virus malaria atau virus West Nile. Kutu boleh membawa bakteria yang menyebabkan penyakit Lyme.

Makanan tercemar punca penyakit berjangkit

Kuman penyebab penyakit juga dapat menjangkiti anda melalui makanan dan air yang tercemar. Mekanisme penularan ini membolehkan kuman merebak kepada ramai individu hanya melalui satu sumber.

Atasi punca penyakit berjangkit

Agak sukar untuk anda melindungi anak daripada segalanya yang boleh menjadi faktor kepada penyakit berjangkit.

Tetapi anda boleh mengajar anak amalan kebersihan diri yang baik untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Ajarkan anak untuk membasuh tangan

Kuman merebak ketika seseorang menyentuh mata, hidung dan mulut mereka sebelum mencuci tangan.

Ajarkan anak anda batuk atau bersin ke lengannya, agar mulut tetap tertutup.

Pastikan anak anda membasuh tangan setiap kali selepas mereka menggunakan tandas dan membuang hingus.

Ini terutamanya jika lendiran hingus terkena tangan mereka.

Jangan lupa untuk mengajar anak mengeringkan tangan selepas mencuci.

Jika tiada sumber air, didik mereka untuk guna gel pembersih tangan. Ia juga dapat membunuh kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

Suntikan vaksin

Mendapatkan suntikan imunisasi akan secara drastik mengurangkan risiko anak dijangkiti banyak penyakit.

Pastikan anda mengikuti perkembangan mengenai vaksinasi anak.

Duduk di rumah jika sakit

Jangan hantar anak ke sekolah jika dia mempunyai tanda-tanda seperti muntah, cirit-birit atau demam.

Elakkan daripada menghantar anak ke pusat jagaan dan jauhkan mereka daripada kanak-kanak lain sehingga tempoh jangkitan berakhir.

Sekiranya anda tidak pasti mengenainya, dapatkan rundingan doktor.

Elakkan berkongsi

Pastikan anak tidak berkongsi topi, sikat, berus gigi, peralatan makan seperti sudu dan garpu, serta barangan peribadi dengan kanak-kanak lain.

Ini kerana ia boleh menjadi punca penyakit berjangkit. Ajarkan anak untuk tidak memegang atau menggunakan tisu mahupun tuala yang pernah digunakan oleh kanak-kanak lain.

Membersih dan nyah kuman

Ia meliputi kawasan menukar lampin dan kerusi latihan tandas yang telah digunakan. Sebaiknya cucilah sehari sekali atau apabila nampak kotor.

Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk mencegah anak daripada dijangkiti penyakit, bukan?

Paling penting, jika terdapat sebarang keraguan, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.

*Artikel asal di portal Pa&Ma.

Ajar Anak Tidak Berkongsi Sudu Dengan Kengkawan, Punca Anak Mudah Jatuh Sakit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker