Lelaki tembak keluarga gelandangan diberkas

Stamat diberkas kerana mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan tersebut yang menyebabkan seorang wanita hamil cedera pada kepala. – Jabatan Polis Tampa

TAMPA, FLORIDA – Seorang lelaki  di negeri Florida, Amerika Syarikat, ditahan polis kerana menembak keluarga gelandangan yang sedang tidur di dalam sebuah kereta termasuk seorang wanita hamil dan anak-anaknya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Christopher Stamat Jr, 21, diberkas Sabtu lalu kerana mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan tersebut yang menyebabkan seorang wanita hamil cedera di kepala.

Insiden itu berlaku di sebuah lot parkir di hadapan kompleks rekreasi Martin Luther King Jr di kawasan kejiranan Old West Tampa sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan), Rabu minggu lepas.

Suspek dilaporkan melepaskan lebih 12 das tembakan ke arah kenderaan yang ditutup dengan pakaian pada bahagian tingkap.



Polis meneliti sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  untuk mengesan kenderaan BMW milik suspek yang terletak 4.8 kilometer dari garaj milik teman wanitanya.

Polis juga menemui kelongsong peluru sepadan dengan yang ditemui di tempat kejadian dan sarung  untuk pistol 9 milimeter.

Suspek kemudian mengaku dia memandu keretanya di kawasan sekitar lokasi kejadian pada pagi tersebut.

Sementara itu, mangsa hamil dan  berumur dalam lingkungan 20-an itu dibawa ke hospital terdekat. Dia  mengalami kecederaan yang tidak membahayakan nyawa.



Tiga anaknya yang masing-masing berusia 3 tahun,9 tahun dan 4 tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bapa kanak-kanak tersebut dilaporkan ketika kejadian melihat sebuah kenderaan berhenti dan menjerit agar isteri dan anak-anaknya turun dari kereta bagi mengelak daripada terkena peluru.

Keluarga tersebut dilaporkan tinggal di dalam kereta sewa kerana saudara mereka tidak mempunyai ruang untuk menampung mereka.

Polis tidak mempunyai bukti bahawa suspek dan semua mangsa saling mengenali, kata polis. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker