Kerjasama PH-BN: PAS dakwa pengundi Melayu marah, mereka akan undi PN

PAS percaya pakatan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri di Pahang akan memberi kesan dalam perebutan kerusi Tioman.

Justeru, parti itu berharap rakyat khususnya golongan muda yang marah dengan pakatan antara PH dan BN akan mengundi calon Perikatan Nasional (PN) pada 7 Dis ini.

“Berkenaan dengan perkembangan semasa penggabungan BN dan PH di peringkat negeri Pahang ini memang memberi kesan kepada anak muda.



“Anak muda yang sebelum ini memilih PN kerana mahukan satu kerajaan yang bebas rasuah, bersih yang telah ditawarkan oleh PN iaitu kerajaan bersih dan stabil,” kata Setiausaha Pemuda PAS Tioman, Khairul Izwan Ghazali.

Khairul berkata demikian dalam satu wawancara bersama lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Dia menjawab soalan mengenai sejauh mana PH-BN di Pahang memberi kesan kepada golongan muda berhubung kepentingan bangsa Melayu dan Islam.

Menyifatkan kawasan itu penting bagi PN, Khairul menggesa pengundi yang tinggal di luar Tioman supaya pulang mengundi.



Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Dis selepas calon PN Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada 19 Nov, beberapa jam sebelum pilihan raya umum.

Di Pahang, PN kini memegang 17 kerusi, BN 16 dan PH lapan kerusi.

Bercakap pada ceramah di Tioman malam tadi, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata BN memutuskan untuk bergabung dengan PH kerana parti itu tidak meletakkan syarat seperti PN.

Pengundian DUN Tioman di Pahang dan parlimen Padang Serai di Kedah dilihat sebagai ujian pertama untuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang diterajuinya.



PH hanya ‘nasi tambah’

Di Tioman, PH memutuskan untuk menarik diri daripada perebutan kerusi itu bagi memberi laluan kepada BN.

Meskipun menarik diri, nama calon PH tetap dicetak dalam kertas undi.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah tidak begitu menitikberatkan perkara itu.



“Kami melihat PH tidak mempunyai potensi di Tioman kerana pencabar sebenar PN ialah BN.

“PH hanya dianggap ‘nasi tambah’. Mereka dijangka akan menghadapi masalah, jadi, mereka memutuskan untuk menarik diri,” tambahnya.

Pilihan raya DUN Tioman akan menyaksikan Mohd Johari Hussain dari BN menentang Nor Idayu Hashim dari PN dan lain-lain.

Di Padang Serai, PH menjadi penyandang kerusi berkenaan selama dua penggal, memutuskan untuk tidak menarik diri daripada pertandingan walaupun calon BN C Sivarajh menggesa PH berbuat demikian.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker