Saman fitnah Ismail terhadap Lokman mungkin selesai tanpa bicara
Saman fitnah Ismail terhadap Lokman mungkin selesai tanpa bicara
Saman fitnah difailkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mungkin diselesaikan tanpa perbicaraan.
Peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail mengesahkan perkara itu semasa dihubungi media selepas kes berkenaan disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini.
“Kes hari ini (pendengaran inter-parte – kedua-dua pihak) ditangguhkan ke 5 Jan depan. Ada potensi untuk penyelesaian kes ini,” katanya.
Perkara itu turut diperakui oleh peguam Lokman, S Suresh.
Pada 12 Sept lepas, Ismail memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya Lokman dengan serta-merta memadamkan semua video yang didakwa memfitnah perdana menteri di akaun media sosial.
Ismail, 62, yang juga naib presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 Sept lepas dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.
Dalam penyataan tuntutan, Ahli Parlimen Bera itu mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif, dalam satu video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.
Beliau berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif itu dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube “Lokman Adam”, Facebook “Lokman Noor Adam Official”, Instagram “lokmannooradam” dan TikTok “datoklokmanadam”.
Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan Umno, untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati Umno.
Ismail juga mendakwa beliau tidak pernah berjumpa Mahathir dan parti-parti lain bagi tujuan itu mahu pun terlibat dengan sebarang langkah-langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum, untuk kekal sebagai perdana menteri.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 1 Sept lepas, Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri dan kerajaan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official”. FMT
Saman fitnah Ismail terhadap Lokman mungkin selesai tanpa bicara
Baca Artikel Menarik:
- Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar
- DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani
- Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial
- Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
- Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
- Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
- Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?
- UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari
- Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu
- Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi
- Safawi, Syifa sah bergelar suami isteri
- Shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim
You must be logged in to post a comment.