Hadi dakwa Kerajaan Perpaduan tak didominasi pemimpin Islam
Hadi dakwa Kerajaan Perpaduan tak didominasi pemimpin Islam
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi menegaskan parti itu menolak pelawaan menyertai Kerajaan Perpaduan disebabkan gabungan berkenaan tidak didominasi pemimpin Islam.
Memperkukuhkan lagi keputusan dibuat PAS bersama gabungannya menerusi Perikatan Nasional (PN), Timbalan Pengerusi PN itu juga menggelar kerajaan itu sebagai kerajaan minoriti dan turut mendakwa ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN…bersama kaum lain.
“Bukan Melayu saja termasuk ada India, China dan bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
“(Sokongan ini) mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,” katanya dalam Ceramah Umum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang disiarkan di Facebook Abdul Hadi malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai parti DAP yang meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
“Yang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam PKR, sebahagiannya sahaja Islam daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi.
“Dengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti, malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam UMNO, ini menandakan ia perkara tak sihat (sedang berlaku),” katanya yang tidak menafikan menyayangi persahabatan dengan UMNO dan sedar tidak semua pemimpin dalam parti itu menyokong kerajaan ‘minoriti’ yang dibentuk itu.
Bahkan, Abdul Hadi turut memberitahu PN tidak menerima kerajaan dipimpin PH itu disebabkan ia disokong oleh ‘individu dan kumpulan’ yang berpegang kepada perkara yang tidak selari dengan prinsip perjuangan gabungan mereka.
“Kerajaan minoriti ini disokong oleh pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Dulu) bukan main kata menentang rasuah, tetapi bila nak tubuh kerajaan sanggup bergabung untuk cukupkan jumlah (sokongan).
“Macam mana kami nak terima, kita ada maruah. Perintah Allah SWT mengatasi perintah yang ada di dunia ini,” katanya. BH
Hadi dakwa Kerajaan Perpaduan tak didominasi pemimpin Islam
Baca Artikel Menarik:
- Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar
- DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani
- Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial
- Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
- Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
- Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
- Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?
- UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari
- Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu
- Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi
- Safawi, Syifa sah bergelar suami isteri
- Shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim