BN-PH tekad pertahan kerajaan Perak hingga habis penggal
BN-PH tekad pertahan kerajaan Perak hingga habis penggal
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mahu kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dipertahankan sehingga akhir penggal.
Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa Pengerusi PH Perak Mujahid Yusof Rawa turut berpandangan sedemikian hasil kefahaman dipersetujui.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti mengapa ada pihak mengharapkan kerajaan diterajuinya akan “runtuh” selepas enam bulan, katanya.
“Malah saya dimaklumkan, siang tadi (semalam) ada mesyuarat pertama PH di Ipoh, Perak buat kali pertama pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Saya difahamkan Pengerusi PH Perak Mujahid Yusof Rawa dalam perjumpaan itu bertekad untuk memastikan kerajaan ini sehingga akhir penggal,” katanya, menurut Harian Metro.
Saarani berkata, PH yang mempunyai jumlah kerusi lebih banyak tidak mahu berlaku sebarang perubahan kerajaan, jadi BN yang hanya ada sembilan kerusi tidak mungkin ingin “meruntuhkannya”.
“Kita sambut baik dan sebab itu kita sudah setuju untuk tubuh kerajaan bersama, malah saya berharap tidak ada orang yang berdoa kerajaan ini jatuh dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Saarani berkata, kerajaan yang terdiri daripada dua kumpulan berbeza tetapi dapat mencapai kata sepakat ialah petanda baik buat negeri itu.
“Kita ada agenda lapan tahun untuk bangunkan negeri ini dan saya juga ada memaklumkan dalam mesyuarat Exco hari itu, kita meraikan perbezaan pendapat apatah lagi kerajaan dibina dalam dua kumpulan berbeza tetapi dapat duduk semeja, pada saya ia satu petanda baik buat rakyat Perak,” katanya. FMT
BN-PH tekad pertahan kerajaan Perak hingga habis penggal
Baca Artikel Menarik:
- Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar
- DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani
- Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial
- Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
- Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
- Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
- Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?
- UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari
- Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu
- Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi
- Safawi, Syifa sah bergelar suami isteri
- Shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Razali nikah senyap-senyap?
Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim