Muhyiddin mahu bersara selepas PRU-15

 

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin menjadi penggal terakhirnya untuk bertanding sebelum bersara daripada politik.

Beliau berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada sebarang keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Mungkin penggal akhir, lepas itu berehat sahajalah duduk di rumah dengan isteri, cucu-cucu. Ramai lapan orang, anak-anak.

“Mungkin sudah sampai masa, tapi mungkin juga kalau keadaan mendesak dan memerlukan insya-Allah kita akan fikirkan perkara itu,” katanya ketika menjawab soalan moderator ketika sesi dialog Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama belia di Kuala Terengganu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, beliau bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan bakti kepada rakyat.

“Badan masih sihat. Dulu kena kanser, doa semua makbul, Allah kurniakan saya kesihatan. Kalau pukul ‘golf’, sekali pukul 200 meter tu boleh pergi lagi. Maknanya tu masih boleh berkhidmat,” katanya.

Beliau menjadi perdana menteri selepas berlaku peralihan kuasa yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang menerusi Langkah Sheraton.

Pada Ogos lalu, beliau terpaksa melepaskan jawatannya selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker